BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Sabda Rasulullah SAW,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa perlu bagi kita untuk memberikan teguran dalam kalangan kita sesama Islam sekiranya melakukan sebarang kesilapan atau pun kemungkaran. Kemungkaran dari pelbagai segi, tapi aku tak jelaskan yang bahagian tu la ya sebab aku bukanlah tergolong dalam golongan2 yang 'ahli' pasal benda ni. Cuma sekadar berkongsi sedikit pengetahuan :) Kalau ada apa2 yang aku tersalah bagi pendapat ka... info yang salah ka... apa ka... yang korang tau... saya budak baru belajar jadi tolong maafkan dan betulkan k ;)
Makasehh...
Ok, berbalik kepada topik teguran tadi, memang perkara ni kompom (hamboi buruknya spelling.. haha), maksud aku sememangnya pasti berkait rapat dengan kita semua. Apalagi dengan status kita sebagai murid, pelajar, mahasiswa, mahasiswi berjaya (berjaya la kan...), anak kepada ibu bapa kita, adik kepada abang kakak kita, cucu kepada datuk nenek kita, anak buah kepada pakcik makcik kita, kawan kepada kawan, rakan kepada rakan, sahabat kepada sahabat (apa bezanya? =.=') dan macam-macam lagi la~ vagera3x
Dengan status-status yang kita ada ni, memang tidak akan lari dari teguran....
Mak: Jangan main hujan~ Nanti demammm~
Bapak: Jangan tinggalkan solat lima waktu. Itu wajib untuk kita tunaikan.
Abang: Jangan merayau-rayau~ Tidak berfaedah tu
Kakak: Jangan main lumpur! Aku sebat nii!!!!!! <--------- teguran??? hahaha :D
Ustazah: Jangan buat perkara-perkara yang mungkar, Allah tak suka..
Kawan: Bro, janganlah buat benda tak berfaedah tu... Tak baik untuk kau... Apa kata kau buat ini... atau ini... atau ini... boleh isi masa free dengan baik ^_^
Balik-balik jangan, jangan~
Sikit-sikit ndak boleh, ndak boleh...
Ini teguran2 yang ranking biasa la kan... Hampir setiap hari kita dengar. Tapi ada jugak yang tak sedar benda tu satu teguran... Salah satunya, macam orang yang tulis entry ni... hoho... ehem-ehem.. Astaghfirullah...
Kadang-kadang kita akan rasa orang-orang di sekeliling kita terlalu banyak cakap. Itu tak boleh ini tak boleh. Yang ini dengan leterannya, yang itu dengan ceramahnya dan sebagainya.
Sedarkah kita bahawa kita sepatutnya bersyukur masih ada orang2 macam kumpulan di atas yang masih sudi untuk ingatkan kita untuk betulkan kesalahan yang kita buat, tegur untuk buat perkara-perkara yang betul?
Sedarkah kita bahawa kita sepatutnya gembira ada orang yang masih peduli dengan kita?
Haa... jawab2... uiseh
JENG3X~~~
Ok people, no worries. Aku pun kadang-kadang begitu jugak (che kdg2)... Biasalah manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan..
Itulah pentingnya muhasabah diri ^___^ Semoga aku sentiasa bermuhasabah diri. I mean, kita... hehe... aamiiin...
Jadi, dalam situasi tegur-menegur ni, perlu ada la kan sifat permuafakatan tu. Permuafakatan antara yang menegur dan yang ditegur. Kena ada sifat tolak ansur :)
Benda yang perlu kita elakkan,
Yang menegur: Kau ni aku tengok, makin menjadi-jadi. Tak ingat mati ka?
Yang ditegur: Diri kau tu pun macamlah sempurna sangat. Tak banyak beza pun kau dengan aku. Kubur masing2, kau jaga tepi kain kau, aku jaga tepi kain aku.
Yang menegur: Sekurang-kurangnya, aku lagi baik dari kau. Aku rajin buat gini... buat gitu... Kau ada??? ada???
Yang ditegur/menegur: :P (mode kencang/marah)
Situasi di atas contoh jak tau... CONTOH... Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia ok :)
Jadi untuk mengelakkan situasi di atas daripada berlaku, kita kena tahu adab-adab dalam menegur orang ;)
Ada tiga faktor yang perlu kita pertimbangkan dalam proses (amboi proses) menegur ini. (halaqah.net)
- tidak merendahkan ego orang yang ditegur- Menegur pun biarlah berpada-pada. Jangan kita mengaibkan pulak orang yang ditegur tu. Kalau boleh teguran tu janganlah sampai orang yang ditegur tu rasa yang dia tu buruk sangat dan kita ni lagi baik daripada dia. Tegur secara berhikmah. Jangan gunakan perkataan yang kasar sebaliknya cuba untuk berbicara dengan bahasa yang sopan dan lemah-lembut. At least, sejuk jugaklah telinga mendengar kan. Kalau kau tegur aku, trep kencang2, aku baling ko pi parit hospital sana! Che, just kidding... Pokoknya gunakan cara yang sopan. Tegur pun janganlah depan orang. Kesian lah jugak kalau mo tegur depan-depan orang. Sebaik-baiknya biar cuma orang yang menegur dan yang ditegur tu jak yang tahu benda yang ditegur
- mencari waktu yang tepat - Mau menegur pun tengoklah jugak 'timing' dia. Karang ada pulak yang menegur tetiba jam 3 pagi~ Janganlah tegur masa orang tu tengah bad mood, free2 ko makan kasut nanti... hehe... paling best kalau boleh cari timing yang santai. Jangan buat suasana teguran tu merupakan sesuatu yang menjengkelkan. Kot2 la kan sebelum menegur tu belanja la dia aiskrim dulu ka.. coklat ka... hahaha...
- memahami kedudukan orang yang ditegur - Last but not least dan yang paaaaaling penting, let's put our self into their shoes. Kadang-kadang kita tegur orang sebab kita rasa yang dia tidak buat benda yang betul, atau dia buat benda yang kita tidak suka. Tapi, kita kena ambil kira jugak, kenapa dia buat begitu. Mesti bersebab. Try to consider ok :) tu pasal la dalam menegur ni kita ndak boleh main redahhh jakkk. Cakap baik2 ah ^_^
Itulah sedikit sebanyak perkongsian ilmu untuk hari ini :) Jadi kita ambil yang keruh, aik silap, ambil yang jernih, buang yang keruh... ha... baru betul... hehe...
Aku pun sebelum ni kalau ditegur, ngok2 sikit jugak.. Kalau menegur pulak, aku tidak ambil kira pasal 3 faktor di atas ni. Jadi, harap-harap lepas ni kita sama-sama boleh ubah cara teguran kita terhadap seseorang di masa akan datang. INSYAALLAH...
Ingat, dalam menegur, tegur secara berhikmah, bersopan, bertatasusila dan vagera2x...
Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.
Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” - halaqah.net
Sedangkan dengan Firaun pun Allah perintahkan Nabi kita untuk bercakap dengan lemah-lembut, apalagi kita sesama umat? ;)
Kalau ditegur, terima seadanya. Kita tidak nampak salah kita, tapi orang nampak. Itulah pentingnya untuk terima teguran yang baik dengan hati yang terbuka. Ada satu pepatah, jangan tengok orang yang menegur, tapi tengok apa yang dia tegur. Kalau teguran dia betul dan kita tahu kita salah, terima dengan baik dan minta maaf.
Boleh jadi orang yang menegur tu pun banyak salah dan silap dia. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak hiraukan teguran dia :) Kalau boleh janganlah ada niat ni dalam hati,
Dia pun tak perfect, dia pun buat salah, mau pulak tegur2 orang.
Alahaiiiiiiiiiiiiii macik2 dan pacik2 abang2 kakak2~~~~~
Susahlah Islam kalau mahu tunggu semua
orang jadi perfect dan mesti lebih baik dari kita dulu baru boleh bagi teguran :) kan?
Moga info ini membawa manfaat untuk semua... InsyaAllah... :)
Sama-sama kita muhasabah dan perbaiki diri... Sama-sama kita renungkan ^_^
Yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang silap tu adalah daripada kelemahan diri aku sendiri... JUMPA LAGI :)



3 comments:
nah boleh sdh komen hehehehe
ya btul tu, lama sdh aq x tegur org ni (bkn x bertegur sapa ya)hehehehehehe bgus post ni byk unsur nasihat
alhamdulillah... hehe... bgs la klu dpt sda.. yg ada ni pn aq ambil dri sikit2 dri website.. klu aq sndri mna la bnyk pgtahuan psl gini2.. hehe.. anyway, sda follow blogmu.. welcome to blogger ^_^
Post a Comment