BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN, WASSALATU WASSALA MUALA ASYRAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN, WA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN...
Alhamdulillah dapat publish entry baru~ uiseh... haha
Sebenarnya, aku ingat tadi mau buat kerja kursus yang sangatlah berlambak sekarang ini sampai aku pening mau mula dari mana, tapi bila TERonline, melekat pulak di Blogger.
Talking about my previous years in this campus as a student, as a girl, as a human, as a servant to her Rabb, too many things have changed. Bila selak-selak (macam kertas la pulak) entry2 lama di blog2 lama yang entah ada berapa tu (haha...), terus rasa macam, Ya Allah~ apa ka buruk sangat cara aku post entry dulu... (dulu? macamlah sekarang tidak kan? hoho..)
Entry2 tu sekaligus mengingatkan aku tentang semua perkara yang pernah terjadi. Sedar tidak sedar, 3 tahun aku menuntut di IPG Gaya ni. Dan cuma tinggal dua tahun setengah lagi, sebelum aku meninggalkan tempat yang penuh dengan memori ni. Cakap pasal masa lalu, terlalu banyak benda yang aku rasa aku tidak patut buat tapi TERbuat. Terlalu banyak benda yang aku pernah alami sampaikan aku rasa susah mau bernafas... konon... but seriously, yeah... life was quite tough back then. And still is.
Tapi satu perkara yang aku belajar dari masa lalu ialah untuk menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. Kalau aku tidak dapat menjadi seorang yang cukup kuat untuk menerima apa dugaan sekalipun, sekurang-kurangnya aku tidak menjadi orang yang terlalu rapuh untuk dijatuhkan dengan begitu mudahnya. InsyaAllah...
Betul la apa orang cakap. PENGALAMAN ITU MENDEWASAKAN. Tapi sampai sekarang ni pun, aku rasa banyak benda lagi yang aku belum belajar tentang hidup. Well then, I guess I'll just have to take one step at a time :)
Berfikir tentang betapa berbezanya masa silamku dengan sekarang, aku berfikir, apa yang akan terjadi selepas ini dalam hidupku?
What is it that will about to turn out in the next chapter?
Masa kelas Edu (Education subject) tadi, entah kenapa tiba-tiba topik pasal kahwin muncul. Haha. Kami sibuk berbincang. Kalau dulu orang cakap (bukan aku yang cakap), ramai yang berlumba mau kawin bila sampai jak semester yang terakhir. Dekat-dekat mau grad suda ni. Haha. Wallahualam la betul ka tidak, tapi ramai jugak yang kahwin masa tu supaya dapat tempat posting (sekolah tempat bertugas selepas grad, kami ni cigu bahh!) yang dekat. Yalah, dulu kan boleh mohon penempatan untuk ikut dengan suami.
Sekarang TAK BOLEH lagi!
Pensyarah kami cakap, ramai yang kahwin supaya dapat posting yang dekat-dekat. Bukan semua tapi kebanyakannya. Hal ni sekaligus menyebabkan tindakan terburu-buru boleh dilakukan. Memandangkan keadaan begitu mendesak (sebab mau posting dekat). Sampaikan pensyarah tu cakap, kebanyakan mereka yang pernah berkahwin dulu kini sudah tidak bersama lagi. Bukan sebab apa, tapi sebab sebelumnya membuat keputusan yang terlalu tergesa-gesa. Tapi bukan semua ok!
Jadi dia pun bagi la nasihat, biarlah kita kahwin dengan seseorang tu bukan sebab faktor-faktor yang tidak kekal.
Mungkin hari ni kita suka si polan sebab dia lawa, hensem/cantik...
Bila sudah tua nanti? Masih cantik/hensem lagi? NOO.......
Mungkin kita suka dia sebab dia banyak duit! $_$
Adakah duit tu tidak akan habis sampai bila-bila? NOOOO....
Kita kena ingat, dunia ni ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang pula di bawah. Jadi bila kita berada di bawah, adakah kita masih mahu bersama dengan orang yang kita suka tu kalau kita suka cuma dia sebab dia ada duit?
Ataupun, mungkin kita suka dia sebab dia boleh bagi kita semua yang kita mahukan...
Esok-esok kalau dia tidak dapat beri apa yang kita mahu? Adakah kita masih mahu bersama dia? Saya rasa... NOOOOOOOO.....
Lepas tu pensyarah kami bagi tips lagi (che, dia memang pemurah ^_^), kalau kita sukakan seseorang tu,
Bukan rupa...
Bukan duit...
Bukan kemewahan yang dia boleh bagi...
Tapi lihatlah
HATINYA :)
Itulah perkara yang paling penting. Jangan tengok yang pakai dua biji mata jak, tapi tengoklah jugak dengan mata hati. Uisehhhh gitu.... Tetiba kan kelas edu begini, haha... lawak. Tapi lawak2 pun, mesej yang disampaikan tu berguna tau ^_^
Tapi Encik tu cakap, umur-umur kita ni, jarang ada yang tengok pakai mata hati. Sebab kita terlalu fokus kepada apa yang kita mampu lihat dengan mata kita. Dengan apa yang orang lain boleh lihat. Percaya atau tidak, itu adalah realiti. Mungkin tidak semua tapi... berapa ramai yang betul-betul tengok dengan hati? ;)
Sama-sama kita fikirkan ok.


0 comments:
Post a Comment