Monday, 27 October 2014

16

I asked them,

Is she really that prettier than me?

They laughed.

Well,
why would I bother asking a question with obvious answer anyway....

:(

Wednesday, 8 October 2014

15


Hati perempuan
Aku tahu la memang lembut dan rapuh
Orang putih kata 'fragile' gitu
Tapi kalau mahu jadikan lembut itu 
sebagai alasan untuk sentiasa membiarkan ia diperkotak-katikkan sewenangnya,
TAK PAYAH!

What, your past come back?
Jadi kenapa la?
You cannot let them go?
Sayang gila kentang dengan dia?
Nangis hari-hari bila dapat tau ko kena tipu bulat-bulat?
Sakit hati bila kau ikhlas tapi semuanya sandiwara semata?
Gelisah, resah, berduka, bermuram durja, menangis sampai bergelen-gelen airmata dan bla.. bla... bla???
Jadi tak tentu arah, gila, tidak siuman?
Sebab apa?
Satu orang sahaja makhluk yang tidak tahu menghargai?
Sebab dia seorang, yang semua hati perempuan dia buat macam suis.
Bila nak pakai switch on bila tak perlu switch off.
Sebab itu?
TOLONGLAHHHHHHHHHHH~
Been there, done that!
Rugi gila kau tak berganjak dari situ.

Aku pernah macam tu
Sampailah Allah bagi sedar
Baru otak berfungsi
Apa sebenarnya yang aku buat ni....
Sedih yang melampau-lampau untuk perkara yang sia-sia...
Jadi kenapa la kalau dia tinggalkan kau?
Penduduk bumi bertrilion-trilion ramai
Lelaki berjuta-juta
Yang kau masih buang airmata, tenaga dan semua yang kau ada untuk dia seorang tu kenapa?
Kesianlah dengan diri sendiri
Aku cakap berjela-jela pun kalau mata dan hati kau tak buka untuk terima kenyataan 
tak guna jugak.

Perempuan...
kita tak cantik pun Allah tetap angkat darjat kita
Barang mahal buat cara mahal
Jangan buat macam 'brochure' promosi
Sayang memang sayang
Tapi tak eloklah merayu-rayu bagai
Janganlah buat macam kalau dia tiada kau terus mati tak bernyawa terbaring kaku terlentang di tanah

Jangan begitu sahabatku
Kau istimewa
Jangan anggap diri kau tiada harga

Dia tak perlu kau,
buktikan kau boleh hidup tanpa dia.
Don't do this to yourself, honey.
Have mercy on yourself.
It hurts me too to see you like this.

Tolong yakin dengan Allah
Dia Maha Tahu
Kita yang tak tahu tidak perlu trep2 tahu..
Plan Dia lebih 'awesome'
Better things are coming
Cuma mungkin belum masanya untuk bagi kau tahu

And yes, I am frustrated with you. How come you have not realise it? You deserve to start a new beginning, with a better person. I hope one day you will realise how precious you are, and how wonderful it is to know that all this long the people who truly love you and care for you never leave you... Kau menangis untuk orang yang salah. YOU ARE NOT ALONE. Pick yourself up! Be stronger.


Monday, 6 October 2014

14


Awak
Kelmarin saya nampak awak
Awak pakai baju biru
Mungkin awak suka warna biru kan
Saya selalu nampak awak pakai warna biru
Saya rasa awak pun nampak saya
Tapi buat-buat tak nampak... kot...
Mungkin awak ingat saya tak betul
Maaf kalau saya buat awak tak selesa
Masa tu hujan
Saya mau bagi pinjam payung
Tapi saya tau mesti awak tolak
Kan?
Jadi saya diam.
Masa cakap dengan kawan, saya tak perasan awak berdiri sebelah dia
Bila saya perasan awak masih berdiri situ
Awak tinggi sikit kot dari saya
Saya cuba buat biasa
Senormal mungkin
Walaupun dup dap dup dap tak berhenti
Saya harap boleh cakap sekurang-kurangnya 'hai' dengan awak
Macam kawan
Tapi mulut terkunci
Saya biarkan awak berlalu
Saya risau kalau saya tegur awak dulu
awak fikir bukan-bukan pasal saya

Hari tu saya perasan awak masuk kedai tu
Tapi saya tak mau awak nampak saya
Saya lari.
Tapi kawan awak nampak saya
Mesti diorang ingat saya sombong
Saya tak berani pandang awak
Pegang barang pun menggeletar
Saya jauhkan diri
Kawan saya yang sembang dengan awak
Saya harap saya pun boleh sembang macam tu dengan awak nanti
Macam kawan :)
Tapi mesti awak rasa saya ni sewel
Sentiasa terburu-buru dan 'clumsy'

Orang tanya,
kenapa saya suka awak
sejak bila saya suka awak
Saya cakap 'tak tahu'
Sebab saya memang tak tahu
kenapa dan sejak bila saya suka awak
Yang saya tahu saya suka awak
Kedengaran klise kan...

Terima kasih tak tolak hadiah saya
Dan terima kasih sebab awak terus terang
Saya faham :)
Awak manusia
Saya manusia
Ada hati ada perasaan
Dan hati itu berbolak-balik sifatnya
Kadang-kadang mudah ditafsir
Kadang-kadang sukar dimengerti
Soal hati tidak semudah akar dan dahan
Yang pabila patah akan tumbuh semula
Rasa yang tersisa mungkin takkan terganti
Saya tak harapkan apa-apa
kalau awak nak jadi kawan saya
Ok la tu
kawan ja... tak lebih... tak kurang
Kawan :)

Tapi saya tahu, untuk jadi kawan awak
Macam mustahil
Saya siapa
Awak siapa
Saya sedar itu
Tengok awak dari jauh pun tak apa
kalau awak gembira saya pun sama
Awak baik
Saya doa Allah bagi orang yang lebih baik untuk awak :)
Saya suka awak sangat
Tapi kalau Allah cakap awak bukan untuk saya
Siapa saya untuk cakap tidak

Cuma...
saya masih rasa
kalau Allah tau awak yang terbaik untuk saya
saya harap Dia bukakan hati awak untuk saya
Tapi kalau tidak...
Saya tetap yakin dengan apa yang Dia tentukan
Sebab Allah tau tentang diri saya lebih dari saya sendiri

Agak-agak, kalau saya minta supaya awaklah orang yang terbaik untuk saya, boleh?

Maaf untuk post merapu ini. Tapi saya tau awak takkan baca. Sebab tu saya berani tulis(taip) ^^