BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Wahai diri yang bergelar HAWA...
Lumrahnya wanita...
Dalam kelembutan ada ketegasannya...
Dalam kelemahan ada kekuatannya...
Di sebalik senyumnya, tersembunyi dukanya...
Wanita...
ALLAH mengangkat darjatmu setinggi-tingginya...
Jangan kau rendahkan ia menjadi serendah-rendah darjat...
Jangan berikan hatimu semudah itu kepada sesiapa saja...
Jangan lupakan darjatmu kerana terlalu menyayangi...
Jangan rendahkan maruahmu untuk menjaga hati 'dia' yang bukan halal untukmu...
Jangan ikut kata nafsumu...
Jangan turutkan rasa sayangmu...
Kelak kau menyesal... menyesal... dan tak henti menyesal...
JANGAN SEKALI-KALI KAU LUPA...
ALLAH mengangkat darjatmu wahai wanita...
Maka jagalah darjat itu sebaik mungkin...
Ingatlah walau apa sekalipun... dia yang bukan halal bagimu tidak akan pernah dapat menjaga maruahmu seperti mana ALLAH menjaga maruah dan darjatmu...
Jangan butakan matamu...
Jangan pekakkan telingamu...
Jangan tutup pintu hatimu...
untuk sentiasa mengingati,
HAKIKATNYA,
Hanya ALLAH satu-satunya yang tidak akan pernah meninggalkanmu... yang akan sentiasa membantumu... yang akan sentiasa menjagamu...
Maka tidakkah rasa malu itu patut ada, kerana lebih memikirkan, menjaga, dan menyayanginya lebih daripada sepatutnya, lebih daripada ALLAH?
Sedangkan di kemudian hari kelak, hanya kasih sayang ALLAH SAHAJALAH YANG DAPAT MEMBANTU...
Tetapi mengapa terlalu payah untuk kau sedari?
Renungkan itu wahai wanita...
:'(