Manusia.
Sebaik-baik kejadian yang pernah Allah SWT ciptakan berbanding segala jenis makhluk yang ada di muka bumi.
Bahkan para malaikat penghuni langit, yang tidak pernah melalaikan ibadahnya, terus-menerus tanpa henti, diperintahkan untuk sujud kepada Nabi Adam AS, manusia pertama yang diciptakan Allah SWT.
Begitu sekali Allah angkat darjat manusia.
“Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”
At-Tiin:4
Namun begitu, kita tidak pernah lepas dari terus melakukan kesilapan dan leka oleh apa yang ada di sekeliling kita. Itulah sifat kita manusia.
Selalu alpa dan lalai bila dikelilingi nikmat.
Walaubagaimanapun, itu bukan tiket untuk kita terus bertapak di tempat yang sama, tanpa perlu merubah kedudukan, tetap berpijak pada tempat yang salah.
Beruntunglah bagi manusia yang tetap sentiasa beribadah mengingati Tuhannya dalam apa jua keadaan.
Rasulullah SAW sendiri cakap semua manusia adalah pendosa, namun yang terbaik antara mereka ialah hamba yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.
Bersyukurlah jika masih terbit penyesalan atas dosa-dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan. Itu tandanya Allah masih sayang. Dia masih jentik hati kita untuk ingat Dia.
Ada manusia Allah sedarkan dengan nikmat.
Ada manusia Allah sedarkan dengan ujian.
Apa jua cara yang dizahirkan, itu semua tidak lain tidak bukan untuk bawa kita kembali padaNya.
Bersyukurlah kita dengan semua nikmat yang Allah bagi, sedikit mahupun banyak.
Bersyukur juga dengan semua ujian.
Teringat kata-kata Ustaz Ebit Lew, "Bila Allah bagi ujian, maknanya ada rahmat lebih besar yang nak datang."
Perbanyakkan sabar dan doa bila diuji, kerana doa adalah senjata orang-orang mukmin.
Susah macam mana pun kita rasa, insyaAllah ada Allah akan sentiasa jaga dan bantu kita kalau kita sentiasa cuba untuk dekatkan diri dengan Dia.
Positif, Allah bagi ujian supaya kita sentiasa ingat Dia. Supaya kita sedar cuma kepadaNya kita boleh bergantung dan berharap.
Honestly, I just feel so helpless before.
Semua benda yang jadi beberapa bulan ni buat aku sedar kerdilnya aku sebagai hamba.
Yang hanya mampu mencari tempat pergantungan kepadaNya untuk memohon pertolongan dan perlindungan.
Yang cuma mampu berserah diri sepenuhnya kepada penciptaNya untuk terus bertapak di bumi ini, mengharap belas agar diberi peluang untuk sentiasa memohon ampun atas apa jua khilaf yang pernah ku lakukan sebelum ini.
Apa jua yang kita lakukan, jangan pernah lupakan Dia.
InsyaAllah perlahan-lahan kita perbaiki diri.
Usaha walau sedikit demi sedikit.
Biarlah hari ini kita jadi diri kita yang lebih baik dari kelmarin.
Bohong kalau saya kata senang.
Susah.
Memang susah.
Mahu tinggalkan kebiasaan bertahun-tahun yang sudah sebati dalam diri. Sudah jadi sebahagian dari diri kita.
Sangat susah.
Tapi itu pentingnya doa.
Doa supaya Allah bagi kita kekuatan.
Terimbas kembali salah satu ceramah yang disampaikan Ustaz Abdul Somad, "Tidak ada doa yang tidak dikabulkan oleh Allah."
InsyaAllah semua Allah dengar dan akan kabulkan pada masa yang tepat.
Percaya dengan Allah, dan percaya dengan diri kita sendiri yang kita mampu untuk berusaha.
Sentiasa berdoa moga Allah ampunkan dosa-dosa kita, moga Allah reda dengan kita dan amal kita.
InsyaAllah.
Aku bukan baik.
Langsung tidak.
Cuma seorang pendosa yang mahu berkongsi pengalaman dan cerita...
Mudah-mudahan dapat membawa walau sedikit manfaat buat yang membacanya.
InsyaAllah...