Sunday, 24 December 2023

ALONE.

 Agak semacam depressed tajuk post ya LOL~ This is the part where I'm annoyed 'cause I didn't get to use any emojis here. Please la~ Tapi siapa juga yang masih ada blogger di tahun 2023?? Saye~

Anyway, back to my point. It has been totally a roller-coaster ride throughout this year. Awal tahun ni heartbroken, hampir-hampir lagi menghabiskan tahun ini dengan heartbroken juga hmmmmmm. But through it all, I realised that no one, NO ONE, can take a good care of me and my feelings other than myself. GAISSSSSSS!! Ternyata kenyataan yang pahit untuk ditelan ini tidak datang percuma. Entah la, terlalu banyak momen-momen yang terlalu buruk dan kalau boleh aku tidak mau ingat pun tapi in the end, benda sakit yang jadi tu la yang buat aku belajar. Great lesson comes from great pain they say. I guess it's true. But sadly, aku rasa from now on mungkin aku nda boleh sayang sapa-sapa lagi with all my heart. I finally drew that line which I won't ever dare to cross again. EVER. Such a shame that maybe aku nda kan boleh rasa that 'full kind of love' punya feeling lagi but I guess it's worth the bargain. Aku lagi rela rasa sunyi dan bertanya-tanya on what could've been begini daripada merisikokan diri aku untuk sakit lagi. Jujur, aku tidak mahu jatuh serendah itu lagi. Orang yang paling aku percaya dan yakin nda kan sakitkan aku, tiba-tiba hilang waktu aku paling perlukan dia. So... another fact which came to my realisation is that, people will only love you as much as they CAN USE YOU. Nda la semua. Cuma mungkin di kehidupan dunia ini, aku yang kurang bernasib baik dalam hal-hal perasaan yini okbai~ That's why, my new year's resolution would be, MENGHABISKAN MASA UNTUK FOKUS DENGAN DIRI SENDIRI AT THE SAME TIME CUBA HEALING DARI LUKA-LUKA LEPAS DAN ELAKKAN DIRI DARI ANASIR-ANASIR KEJAM YANG CUMA TAU MEMPERGUNAKAN. Well. At least tu salah satu dari azam utama aku la~ Ada banyak lagi but this should be one of my priorities. 

All in all, I have decided, for the time being, nda tau la sampai bila, TO BE ALONE. :)


-Twentea,14.55-

Thursday, 15 October 2020

COVID-19, FITNAH DAJJAL & INTERNET

 Bismillahirrahmanirrahim...

Whoa.. lamanya tidak kemaskini blog.

Truth be told, I've been seeing these kind posts on many platforms of socmed, I believe it's time for me to give a thought on it considering things are getting worse day by day. Let's start with this picture shall we?

 

Saban hari aku nampak isu-isu sebegini berlegar-legar di FB, disebar oleh pihak yang ‘mengaku’ mempertahankan sunnah hingga mengherdik para alim ulama, ahli sunnah wal jamaah sendiri di Negara kita. Terjadinya pandemik Covid-19 ini mencetuskan perpecahan ideologi antara manusia. Ada yang percaya bahawa ianya rekaan dan tipuan semata-mata, yang dirancang oleh golongan penyambut kedatangan Dajjal untuk menyesatkan manusia dari agama. Ada pula yang beranggapan yang pandemik ini sememangnya wujud, tapi bukan secara semulajadi, dihasilkan oleh manusia, digunakan untuk mengawal peredaran dunia hari ini. Macam-macam lagi pandangan.

Cuma yang aku cukup kurang berkenan, kita mengaku kita mempertahankan agama kita, tapi kata-kata yang kita lontar seolah-olah kita sudah lupa bahawa tidak ada satu kejadian di langit dan di bumi yang berlaku tanpa izin dari Allah SWT, baik di masa lalu, sekarang dan masa depan. Dia Tuhan yang menetapkan segala-galanya. Tidak ada yang melangkaui kekuasaanNya.

Kita herdik alim ulama, seolah-olah kita lebih arif tentang hukum agama dari mereka, kita pertikai para petugas kesihatan seolah-olah kita yang pergi belajar di sekolah medik bertahun-tahun dan belajar tentang semua penyakit dan sejarah perubatan yang wujud dalam peradaban manusia. Atas dasar apa? Maklumat-maklumat yang dikatakan ‘sulit’ yang sempat dipaparkan di Facebook sebelum dihapuskan. Dicetuskan oleh siapa? We call it SULIT for a reason. Aku mahu tanya, kamu betul-betul kenal ka dengan orang yang menyebar semua informasi ni? Kamu betul-betul yakin ka dia wujud dan peranannya sama seperti apa yang dia claim? Ada tak benda lain yang boleh menyokong persepsi yang covid-19 ni dusta semata-mata SELAIN DARIPADA apa yang kamu nampak di INTERNET? Ada?

Menyedihkan bila apa yang kita nampak di internet kita gunakan untuk tutup mata kita daripada melihat MASALAH SEBENAR yang berlaku depan mata kita. Para pemimpin ada yang masih sibuk berebut kuasa, frontliners berkorban untuk menyelamatkan nyawa sehingga ada yang terpaksa meninggalkan keluarga sendiri demi panggilan tugas, wad sementara berasaskan khemah sudah mula ditubuhkan di beberapa hospital terutamnya zon-zon merah, ekonomi kita mula berhadapan dengan semakin banyak risiko, bantuan kepada rakyat masih jadi isu hingga kini, ramai kehilangan punca pendapatan, worst-case scenario, kehilangan tempat bergantung, ada yang terpaksa berlapar berhari-hari. Tidak mustahil keadaan akan jadi lebih teruk kalau kita terus butakan mata.

THIS IS THE EXACT PROBLEM IN OUR SOCIETY. Kita semakin parah tapi masih ada pihak mendustakan semua ini, mengajak orang untuk sebarkan idea ABAIKAN SOP sebab pandemik ni HOAX, kita jadikan peraturan yang ada sebagai bahan ejekan, mengatakan yang semua manusia sudah tertipu dengan agenda dajjal, cukup lurus macam lembu kena cucuk hidung, seolah-olah kita seorang saja dalam dunia ni yang dikurniakan akal untuk berfikir, seolah-olah kita saja yang beriman, seolah-olah kita saja yang berpegang dengan Al-Quran dan orang lain sudah terpesong, seolah-olah kita saja yang Allah lindung, seolah-olah kita sahaja yang cukup bijak boleh berfikir di luar kotak untuk menghidu ‘konspirasi’ yang dicanang-canangkan.

Apapun yang kita percaya, buka mata dan buka hati apa yang berlaku dalam Negara kita. Sangat tidak adil untuk kita MENIDAKKAN PENGORBANAN SEMUA YANG TERLIBAT TERUTAMANYA FRONTLINERS berdasarkan apa yang kita baca dan lihat di media sosial. Tidak dapat ringankan beban mereka, jangan tambah. Terpulang dengan pendirian masing-masing, tapi kalau pendirian kamu tu boleh menyebabkan satu Negara berisiko, best to keep it to yourself.

Jangan keyakinan kita pada sesuatu perkara atas SOCMED melebihi keyakinan kita terhadap apa yang Allah bagi sebagai ujian untuk kita, melebihi keinginan kita untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga kita. Aku bukan orang yang arif hukum agama, tapi aku tahu, aku yakin, dan aku percaya Allah SWT tidak akan pernah menyuruh hambaNya melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri dan keluarga dalam situasi kita berdepan dengan wabak begini. Tidak ada satu Nabi pun yang berdakwah dengan cara mengherdik dan menyindir orang. Apalagi yang berkorban untuk keselamatan kita. And that’s how I know apa yang aku perlu percaya, dan apa yang tidak.

Aku percaya kita sudah berada di akhir zaman. Kemunculan Dajjal itu pasti. Tapi kita tidak akan pernah tahu bila, dan bagaimana. Jadi jangan cuba-cuba untuk agak, jangan trep tahu. Itu semua rahsia Allah. Jangan pernah rasa kita tahu lebih dari orang lain. Yang penting, persiapkan diri dengan perbanyakkan ibadah dan doa minta perlindungan, bukan TAFSIR SENDIRI ayat Al-Quran dan Hadith ikut PEMAHAMAN SENDIRI, bukan berkempen pandemik ni HOAX semata-mata lepas tu santai-santai di rumah bila dicari sukarelawan untuk membantu pandai pulak diam-diam. Kalau betul mau ikut ajaran dan sunnah Nabi, mau angkat martabat Islam, permudahkan urusan orang, beri bantuan kalau ada kemampuan, hargai pengorbanan frontliners kita, buat apa yang mampu untuk lindungi diri kita dan keluarga. Jaga tingkah laku kita sebagai orang Islam, jangan sampai kita mempersenda usaha orang lain. Sebelum kita mau sebar ini hoax itu hoax, sebelum kita rasa kita tahu betul sudah ‘plandemik’ ni lebih dari orang lain, tanya diri kamu soalan ini,

SIAPA YANG KAWAL INTERNET DI SELURUH DUNIA? SIAPA YANG ADA KUASA UNTUK MANIPULASI APA-APA PUN INFO YANG KELUAR DI INTERNET? DO YOU REALLY THINK THEY WOULD JUST LET IT ‘SLIP’ IF IT’S NOT IN THE PLAN?

And you think you suddenly have wisdom over everything…

Fikir-fikir dulu sebelum ambil keputusan untuk percaya.

Konspirasi digelar konspirasi for a reason. Buka kamus, cek.



Friday, 14 August 2020

Sepintas Lalu

 Bismillahirrahmanirrahim...


Kadang aku rasa terlalu penat dengan keadaan sekeliling. Terlalu penat untuk merisaukan benda-benda yang sememangnya di luar kawalanku...


That moment of frustration came when you have no power over things at all. Things that you wish you could avoid but couldn't...


...and it frustrates me even more because I feel like I'm the only one who's trying my best. 

Monday, 13 July 2020

COUNTING HOURS

Bismillahirrahmanirrahim... 

Beberapa hari terbengkalai isi blog hahah! Balik-balik mahu update tapi tertunda lagi. 

It's Monday and as usual, trying to get everything done for Unit Disiplin. Belum lagi masuk lain-lain. Miahah! Bingung mahu selesaikan yang mana dulu *laughing emoji, so obviously I'm using my laptop with the absence of emojis! So not used to this!

Anyway, wish everything will be good for me, and you and everyone! We're needing lots of positive energy for the upcoming school session!

Semoga tabah, Wanie....




Telling myself, "I'm okay...I'm okay...I'm okay!"

Thursday, 9 July 2020

I'LL BE OKAY...

Bismillahirrahmanirrahim...

At this point, rasanya aku boleh dilabel antara manusia paling insecure di muka bumi ni. 


Everything scares me. 


Entah bila aku balik macam dulu. I mean, in a good way, minus all the bads! 


Do you know the moment when you feel like everywhere and everything is not safe for you? It keeps bothering me 'cause I can't stop thinking about it and had to be cautious 24/7. All the time. 


Rasa selamat ja bila sudah masuk dalam rumah, masuk dalam bilik sendiri. Baru rasa lega. 
  

Kadang rasa penat juga bila rasa begini. Takut, risau sepanjang masa.  


Mahu sangat jadi macam orang lain yang beransur-ansur sudah boleh hidup macam biasa. 


Tapi aku?


Rasa tidak selamat setiap masa. Kadang sampai tidak boleh berhenti menangis. Rasa tidak mahu keluar rumah pun. 

That's me now. 

Aku cuma keluar untuk ke sekolah, atau untuk sesuatu yang betul-betul penting dan memerlukan.

Honestly, I forgot when was the last time I went out just to have fun.

It could be a good thing, or not really. 

Don't get me wrong, it's not that I'm not being thankful for what I have right now, I just.....need to vent out...how I feel...

Dear self, please be okay...

Thursday, 2 July 2020

SARUNG LILY BY UNIVERSCARF




Bismillahirrahmanirrahim...


TADAAAAAA!! Lawa dan comel kan tudung yang model ni pakai? Ceritanya iklan tudung ni lalu-lalang di feed sis. Mula-mula tengok eh lawa. Lepas tu iklan tu muncul lagi dan lagi dan lagi dan lagi. 

Aku merasakan yang ini petanda untuk aku berbuat sesuatu seperti..... 'tapau' satu tudung ni!! Ciehhh alasan!! 😂😂😂

Jadi saya pun order lah dan nasib baik seller guna courier City Link. Jadi tidaklah bangas (basi) sis menunggu tudung ni sampai ke tangan hewhew... 

SARUNG LILY ni ada dua saiz, L & XL. Jadi saya cuba ambil saiz L sebab nampak besar juga. Bila pakai okay jugalah saiz selesa untuk dipakai sebab ada tudung yang cun2 ja tutup dada, yang ni lebar lagi dan boleh adjust mahu biar lepas paras bahu atau atas bahu macam yang saya pakai. Sebab design dan warna-warnanya comel, jadi bolehlah cuba kalau mahu nampak simple & sweet gitu ciehhhhh... 🙊

Tudung ni kain chiffon. Bila pakai pun rasa selesa, senang dibentuk, tidak jarang jadi tidak payah guna inner neck . Setakat yang saya pakai tudung ni tidak mudah kusut sebab try gomol-gomol tadi masih tidak kusut jugak hahahahah. 

CUMA, tudung ni lepas cuci spin bagai memang confirm kusut lah hahah! Kalau sejenis malas mahu gosok tudung atau selalu tidak sempat mahu gosok tu kamu mungkin akan kurang suka dengan tudung ni sebab kena gosok juga baru nampak kemas. 

All in all, I'm loving this hijab so much!! Probably gonna get a few more with different colour codes. Mungkin mahu cuba beli saiz XL pula nanti tengok macam mana. 💖💖💖 Yang berminat bolehlah dapatkan dari website https://www.universcarf.com/ atau mana-mana IG DROPSHIP Universcarf yang sah!

Rating out of 5 stars: ⭐⭐⭐⭐



Warna ni code dia Hello Dolly macam pink belacan gitu






Wednesday, 1 July 2020

MANUSIA DAN UJIAN

 

Manusia. 

Sebaik-baik kejadian yang pernah Allah SWT ciptakan berbanding segala jenis makhluk yang ada di muka bumi. 

Bahkan para malaikat penghuni langit, yang tidak pernah melalaikan ibadahnya, terus-menerus tanpa henti, diperintahkan untuk sujud kepada Nabi Adam AS, manusia pertama yang diciptakan Allah SWT.

Begitu sekali Allah angkat darjat manusia.  


“Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”
At-Tiin:4


Namun begitu, kita tidak pernah lepas dari terus melakukan kesilapan dan leka oleh apa yang ada di sekeliling kita. Itulah sifat kita manusia. 

Selalu alpa dan lalai bila dikelilingi nikmat.

Walaubagaimanapun, itu bukan tiket untuk kita terus bertapak di  tempat yang sama, tanpa perlu merubah kedudukan, tetap berpijak pada tempat yang salah.

Beruntunglah bagi manusia yang tetap sentiasa beribadah mengingati Tuhannya dalam apa jua keadaan.  

Rasulullah SAW sendiri cakap semua manusia adalah pendosa, namun yang terbaik antara mereka ialah hamba yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. 

Bersyukurlah jika masih terbit penyesalan atas dosa-dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan. Itu tandanya Allah masih sayang. Dia masih jentik hati kita untuk ingat Dia.  

Ada manusia Allah sedarkan dengan nikmat.

Ada manusia Allah sedarkan dengan ujian. 

Apa jua cara yang dizahirkan, itu semua tidak lain tidak bukan untuk bawa kita kembali padaNya. 

Bersyukurlah kita dengan semua nikmat yang Allah bagi, sedikit mahupun banyak.

Bersyukur juga dengan semua ujian. 

Teringat kata-kata Ustaz Ebit Lew, "Bila Allah bagi ujian, maknanya ada rahmat lebih besar yang nak datang."

Perbanyakkan sabar dan doa bila diuji, kerana doa adalah senjata orang-orang mukmin.  

Susah macam mana pun kita rasa, insyaAllah ada Allah akan sentiasa jaga dan bantu kita kalau kita sentiasa cuba untuk dekatkan diri dengan Dia. 

Positif, Allah bagi ujian supaya kita sentiasa ingat Dia. Supaya kita sedar cuma kepadaNya kita boleh bergantung dan berharap. 

Honestly, I just feel so helpless before.

Semua benda yang jadi beberapa bulan ni buat aku sedar kerdilnya aku sebagai hamba.

Yang hanya mampu mencari tempat pergantungan kepadaNya untuk memohon pertolongan dan perlindungan.

Yang cuma mampu berserah diri sepenuhnya kepada penciptaNya untuk terus bertapak di bumi ini, mengharap belas agar diberi peluang untuk sentiasa memohon ampun atas apa jua khilaf yang pernah ku lakukan sebelum ini. 

Apa jua yang kita lakukan, jangan pernah lupakan Dia.

InsyaAllah perlahan-lahan kita perbaiki diri. 

Usaha walau sedikit demi sedikit. 

Biarlah hari ini kita jadi diri kita yang lebih baik dari kelmarin. 

Bohong kalau saya kata senang.

Susah.

Memang susah.

Mahu tinggalkan kebiasaan bertahun-tahun yang sudah sebati dalam diri. Sudah jadi sebahagian dari diri kita.

Sangat susah.

Tapi itu pentingnya doa.

Doa supaya Allah bagi kita kekuatan.

Terimbas kembali salah satu ceramah yang disampaikan Ustaz Abdul Somad, "Tidak ada doa yang tidak dikabulkan oleh Allah."

InsyaAllah semua Allah dengar dan akan kabulkan pada masa yang tepat.

Percaya dengan Allah, dan percaya dengan diri kita sendiri yang kita mampu untuk berusaha.

Sentiasa berdoa moga Allah ampunkan dosa-dosa kita, moga Allah reda dengan kita dan amal kita. 

InsyaAllah.

Aku bukan baik.

Langsung tidak.

Cuma seorang pendosa yang mahu berkongsi pengalaman dan cerita...

Mudah-mudahan dapat membawa walau sedikit manfaat buat yang membacanya.

InsyaAllah...



Tuesday, 30 June 2020

Monday, 29 June 2020

HARI BERLAWA-LAWA VS MAHU LARI

From left: Sol, Aty Lilian, Mel & Me!
From left: Sol, Aty, Lilian, Mel & Me!
 

Bismillahirrahmanirrahim...

Okay hari ni pakai smart sikit ke sekolah sebab ada sesi bergambar untuk semua staf sekolah. Of all the days they chose for a photo session, right?

Overthinking level aku sampai tahap aku boleh pm bos untuk dikecualikan dari sesi bergambar beramai-ramai. I'm still okay with probably 10 people around me but more than that, rasa macam mahu nangis yang kau rasa serius mahu keluar cepat-cepat dari situ. *sigh

Entahlah apa masalah aku. Aku cuba jadi normal macam dulu tapi dengan paranoid yang aku ada 24/7 ni, agak susah untuk buat-buat biasa. Rasa macam sudah tidak boleh macam dulu. 

Bila dalam suasana yang terlampau ramai orang automatik dada rasa sakit, macam susah mahu bernafas, jantung berdegup macam kau baru habis lari pecut. Dua bulan lebih berlalu dengan rasa begini. 

The doctor diagnosed me with high level of anxiety. At least that's what she said though. Dekat skala tu tahap aku yang paling tinggi. Tidak tahu mahu ketawa atau apa masa doktor cakap sebab aku tidak pernah bayangkan aku akan ada dalam situasi begini. I am aware that this kind of issue exists, but never would have thought I'd be in one myself. Sampai doktor cakap sepatutnya perlu preskripsi dan attend session di hospital, but I refused and assured her that for now, I can still manage myself. Well, I'm already letting myself go outside. Sebelum ni mahu keluar ke halaman pun hmmmmmmm haram lah mahu LOL. 

I'm slowly trying to re-adapt everything again. It is probably going to take a longer period than I expected but hey, I'm getting somewhere one step at a time. So, for now I think that's what matters the most. Kan?


The only group of people in school I can be around with LOL. 
Sebab semua sottt!! 


Wednesday, 24 June 2020

SEASHELLS CAKE!!

 



TADAAAAAAA!!!! LAWA KAN??

Ceritanya mahu sambut ulangtahun perkahwinan mama papa jadi ambil keputusan untuk tempah tema kerang-kerangan LOL does that word even exist??

Serius nda boleh move on dari rekaan kek ni.. Simple gitu ja tapi macam comel betul aku tengok chinggss!!

Kek ni tempah dari kak Marlinah Jasri (Facebook). Kawasan Semporna, Sabah kalau ada yang mahu tempah kek pelbagai rekaan boleh lah pm kak Marlinah. 

Setakat ni aku paling suka perisa yam cheese !! You can never go wrong with yam cheese fresh cream cake! At least not for me hew....

All in all, rupa lawa, rasa pun sedap! Sis bagi 8/10! 

OMBAK



Tetap misteri
Walau wujudnya sentiasa disedari
Hadir berteman deru sang angin 
Menghempas pesisir berlangkah yakin

Mengundang gerun sang pelaut 
Dek naluri ganasnya
Yang mampu membawa maut

Namun anehnya
Kadang bisa mencipta ketenangan 
Buat hati yang bergejolak sepertinya

Terus hadir tak terhindar
walau sentiasa tetap misteri

Menenangkan...
atau membinasakan...
Dialah yang memilih...