Tuesday, 30 June 2020

Monday, 29 June 2020

HARI BERLAWA-LAWA VS MAHU LARI

From left: Sol, Aty Lilian, Mel & Me!
From left: Sol, Aty, Lilian, Mel & Me!
 

Bismillahirrahmanirrahim...

Okay hari ni pakai smart sikit ke sekolah sebab ada sesi bergambar untuk semua staf sekolah. Of all the days they chose for a photo session, right?

Overthinking level aku sampai tahap aku boleh pm bos untuk dikecualikan dari sesi bergambar beramai-ramai. I'm still okay with probably 10 people around me but more than that, rasa macam mahu nangis yang kau rasa serius mahu keluar cepat-cepat dari situ. *sigh

Entahlah apa masalah aku. Aku cuba jadi normal macam dulu tapi dengan paranoid yang aku ada 24/7 ni, agak susah untuk buat-buat biasa. Rasa macam sudah tidak boleh macam dulu. 

Bila dalam suasana yang terlampau ramai orang automatik dada rasa sakit, macam susah mahu bernafas, jantung berdegup macam kau baru habis lari pecut. Dua bulan lebih berlalu dengan rasa begini. 

The doctor diagnosed me with high level of anxiety. At least that's what she said though. Dekat skala tu tahap aku yang paling tinggi. Tidak tahu mahu ketawa atau apa masa doktor cakap sebab aku tidak pernah bayangkan aku akan ada dalam situasi begini. I am aware that this kind of issue exists, but never would have thought I'd be in one myself. Sampai doktor cakap sepatutnya perlu preskripsi dan attend session di hospital, but I refused and assured her that for now, I can still manage myself. Well, I'm already letting myself go outside. Sebelum ni mahu keluar ke halaman pun hmmmmmmm haram lah mahu LOL. 

I'm slowly trying to re-adapt everything again. It is probably going to take a longer period than I expected but hey, I'm getting somewhere one step at a time. So, for now I think that's what matters the most. Kan?


The only group of people in school I can be around with LOL. 
Sebab semua sottt!! 


Wednesday, 24 June 2020

SEASHELLS CAKE!!

 



TADAAAAAAA!!!! LAWA KAN??

Ceritanya mahu sambut ulangtahun perkahwinan mama papa jadi ambil keputusan untuk tempah tema kerang-kerangan LOL does that word even exist??

Serius nda boleh move on dari rekaan kek ni.. Simple gitu ja tapi macam comel betul aku tengok chinggss!!

Kek ni tempah dari kak Marlinah Jasri (Facebook). Kawasan Semporna, Sabah kalau ada yang mahu tempah kek pelbagai rekaan boleh lah pm kak Marlinah. 

Setakat ni aku paling suka perisa yam cheese !! You can never go wrong with yam cheese fresh cream cake! At least not for me hew....

All in all, rupa lawa, rasa pun sedap! Sis bagi 8/10! 

OMBAK



Tetap misteri
Walau wujudnya sentiasa disedari
Hadir berteman deru sang angin 
Menghempas pesisir berlangkah yakin

Mengundang gerun sang pelaut 
Dek naluri ganasnya
Yang mampu membawa maut

Namun anehnya
Kadang bisa mencipta ketenangan 
Buat hati yang bergejolak sepertinya

Terus hadir tak terhindar
walau sentiasa tetap misteri

Menenangkan...
atau membinasakan...
Dialah yang memilih...

SELEPAS 3 BULAN...




Bismillahirrahmanirrahim...

Balik ke rutin kerja yang asal. Di sekolah pagi sampai tengah hari. Sebab tiada interaksi kelas bersemuka, rasa macam terlalu perlahan masa berlalu di sekolah ni LOL. Nasib hari ni tidak lupa bawa Peach. 

Selesai atur bilik disiplin setakat ni. Cuma masih lagi dalam proses dekorasi. Dokumentasi belum lagi hewhew... 

Semuanya hampir normal, kecuali tiada suasana hiruk-pikuk dan riuh-rendah seperti biasanya. 

Aku? Masih belajar menyesuaikan diri. Masih kekok berada di kawasan ini. Masih rasa seperti perlu berjaga-jaga setiap masa. Tapi InsyaAllah okay ... 

Ni pula yang menjengkelkan kalau update blog guna laptop memang tidak boleh letak emoji urghhhh I'm so used to 'em ! 

Hari ini secara rasminya semua guru di Malaysia kembali ke sekolah bertugas seperti biasa. Doakan semoga kami sentiasa dilindungi daripada apa jua bahaya. 

Doakan kita semua. 

Kelmarin riuh pasal cuti dipendekkan, juga pasal pembelajaran atas talian sekolah rendah tidak diambil kira dalam rekod. 

Ouch!!!

Menipu la kalau tidak terasa sakit hati dengan berita begitu sebab kita tahu apa yang kita buat, apa yang kita laksanakan, apa yang kita berusaha untuk capai. Tapi malaslah mahu sentuh isu ni panjang lebar. 

Yang mengalami lebih tahu.
Yang melihat mungkin bersimpati.
Mungkin juga menghakimi.

Jadi kita tiada pilihan kecuali untuk terus melihat ke depan...

Jujur, aku berharap agar hari yang lebih baik akan datang lebih awal dari yang kita semua jangkakan.

Bukan tidak bersyukur dengan pemulihan sekarang.

Cuma rindu...

Rindu dengan kebebasan yang sebelum ini terlalu aku perlekehkan.

Let's pray for the best!

Monday, 22 June 2020

PORT BARU: Blur....


Bismillahirrahmanirrahim... 
Hmmm.. Jadi ceritanya tiba-tiba ada personal space di sekolah sebab ditetapkan untuk duduk di Bilik Disiplin. Sis blur lagi bingung nda tau mahu buat apa 😂😂😂

Terus rasa krik...krik...krik... di bilik. Sebelum ni kan meriah bagai di bilik guru. Meja pun kongsi. Jadi bila dapat sudut sendiri (for the time being) hmmm okay awkward. Okay lah lepas sibuk begini begitu nda rasa jugak tu.

Sekarang memikir siapkan fail-fail semua. 😵😵 We'll start from zero! Mau tambah hiasan bagai lagi tapi baiklah secara perlahan-lahan.

Ada 2 jam untuk dihabiskan di sekolah hari ni sebelum balik ke jadual asal (5 jam) lusa nanti. I should have brought along Peach (my laptop) with me. 🤔🤔
Anyways, 
Semoga keadaan bertambah pulih hendaknya. Serius aku rindu keluar rumah, pergi kerja, tanpa perlu terlalu bimbang dengan keselamatan diri 😢 Cepat-cepatlah wabak ini berakhir... Aamiiin... 

STAY SAFE, EVERYONE! HAVE A GREAT DAY WORKING! ❤️🌹

Roslan kata mata pandaku nda boleh bawa bincang 😂😂

Sunday, 21 June 2020

Dear Blogger... Wanie Datang Balik!


Bismillahirrahmanirrahim...


Okay sambil taip sambil masih rasa mahu tergelak sebab tidak percaya aku masuk Blogger balik weh. LOL. 


Memandangkan buat masa sekarang tidak dapat buat cover lagu lagi, entah bila, maka diri ini pun mencarilah sesuatu yang boleh dibuat sebagai galang ganti. 


Rasa sangat canggung menulis (menaip) guna bahasa agak formal, terbiasa bahasa Whatsapp. Serius aku perlukan emoji. Mana emoji mana?? 

Hmpf...


Nampaknya kenalah asah balik kemahiran berbahasa di Blogger ni. InsyaAllah sis cuba berkongsi apa yang patut. Honestly, this is still awkward! Ya Allah! Mau ketawa lagi....


Everything takes time indeed!