Bismillahirrahmanirrahim...
TADAAAAAA!! Lawa dan comel kan tudung yang model ni pakai? Ceritanya iklan tudung ni lalu-lalang di feed sis. Mula-mula tengok eh lawa. Lepas tu iklan tu muncul lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Aku merasakan yang ini petanda untuk aku berbuat sesuatu seperti..... 'tapau' satu tudung ni!! Ciehhh alasan!! 😂😂😂
Jadi saya pun order lah dan nasib baik seller guna courier City Link. Jadi tidaklah bangas (basi) sis menunggu tudung ni sampai ke tangan hewhew...
SARUNG LILY ni ada dua saiz, L & XL. Jadi saya cuba ambil saiz L sebab nampak besar juga. Bila pakai okay jugalah saiz selesa untuk dipakai sebab ada tudung yang cun2 ja tutup dada, yang ni lebar lagi dan boleh adjust mahu biar lepas paras bahu atau atas bahu macam yang saya pakai. Sebab design dan warna-warnanya comel, jadi bolehlah cuba kalau mahu nampak simple & sweet gitu ciehhhhh... 🙊
Tudung ni kain chiffon. Bila pakai pun rasa selesa, senang dibentuk, tidak jarang jadi tidak payah guna inner neck . Setakat yang saya pakai tudung ni tidak mudah kusut sebab try gomol-gomol tadi masih tidak kusut jugak hahahahah.
CUMA, tudung ni lepas cuci spin bagai memang confirm kusut lah hahah! Kalau sejenis malas mahu gosok tudung atau selalu tidak sempat mahu gosok tu kamu mungkin akan kurang suka dengan tudung ni sebab kena gosok juga baru nampak kemas.
All in all, I'm loving this hijab so much!! Probably gonna get a few more with different colour codes. Mungkin mahu cuba beli saiz XL pula nanti tengok macam mana. 💖💖💖 Yang berminat bolehlah dapatkan dari website https://www.universcarf.com/ atau mana-mana IG DROPSHIP Universcarf yang sah!
Rating out of 5 stars: ⭐⭐⭐⭐
![]() |
Warna ni code dia Hello Dolly macam pink belacan gitu |

