Wednesday, 27 February 2013

Apabila Silibus KAHWIN masuk dalam kelas EDU (#_#)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN, WASSALATU WASSALA MUALA ASYRAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN, WA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN...

Alhamdulillah dapat publish entry baru~ uiseh... haha

Sebenarnya, aku ingat tadi mau buat kerja kursus yang sangatlah berlambak sekarang ini sampai aku pening mau mula dari mana, tapi bila TERonline, melekat pulak di Blogger. 

Talking about my previous years in this campus as a student, as a girl, as a human, as a servant to her Rabb, too many things have changed. Bila selak-selak (macam kertas la pulak) entry2 lama di blog2 lama yang entah ada berapa tu (haha...), terus rasa macam, Ya Allah~ apa ka buruk sangat cara aku post entry dulu... (dulu? macamlah sekarang tidak kan? hoho..)

Entry2 tu sekaligus mengingatkan aku tentang semua perkara yang pernah terjadi. Sedar tidak sedar, 3 tahun aku menuntut di IPG Gaya ni. Dan cuma tinggal dua tahun setengah lagi, sebelum aku meninggalkan tempat yang penuh dengan memori ni. Cakap pasal masa lalu, terlalu banyak benda yang aku rasa aku tidak patut buat tapi TERbuat. Terlalu banyak benda yang aku pernah alami sampaikan aku rasa susah mau bernafas... konon... but seriously, yeah... life was quite tough back then. And still is. 

Tapi satu perkara yang aku belajar dari masa lalu ialah untuk menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. Kalau aku tidak dapat menjadi seorang yang cukup kuat untuk menerima apa dugaan sekalipun, sekurang-kurangnya aku tidak menjadi orang yang terlalu rapuh untuk dijatuhkan dengan begitu mudahnya. InsyaAllah...

Betul la apa orang cakap. PENGALAMAN ITU MENDEWASAKAN. Tapi sampai sekarang ni pun, aku rasa banyak benda lagi yang aku belum belajar tentang hidup. Well then, I guess I'll just have to take one step at a time :)

Berfikir tentang betapa berbezanya masa silamku dengan sekarang, aku berfikir, apa yang akan terjadi selepas ini dalam hidupku?

What is it that will about to turn out in the next chapter?

Masa kelas Edu (Education subject) tadi, entah kenapa tiba-tiba topik pasal kahwin muncul. Haha. Kami sibuk berbincang. Kalau dulu orang cakap (bukan aku yang cakap), ramai yang berlumba mau kawin bila sampai jak semester yang terakhir. Dekat-dekat mau grad suda ni. Haha. Wallahualam la betul ka tidak, tapi ramai jugak yang kahwin masa tu supaya dapat tempat posting (sekolah tempat bertugas selepas grad, kami ni cigu bahh!) yang dekat. Yalah, dulu kan boleh mohon penempatan untuk ikut dengan suami.

Sekarang TAK BOLEH lagi! 

Pensyarah kami cakap, ramai yang kahwin supaya dapat posting yang dekat-dekat. Bukan semua tapi kebanyakannya. Hal ni sekaligus menyebabkan tindakan terburu-buru boleh dilakukan. Memandangkan keadaan begitu mendesak (sebab mau posting dekat). Sampaikan pensyarah tu cakap, kebanyakan mereka yang pernah berkahwin dulu kini sudah tidak bersama lagi. Bukan sebab apa, tapi sebab sebelumnya membuat keputusan yang terlalu tergesa-gesa. Tapi bukan semua ok!

Jadi dia pun bagi la nasihat, biarlah kita kahwin dengan seseorang tu bukan sebab faktor-faktor yang tidak kekal. 

Mungkin hari ni kita suka si polan sebab dia lawa, hensem/cantik...
Bila sudah tua nanti? Masih cantik/hensem lagi? NOO.......

Mungkin kita suka dia sebab dia banyak duit! $_$ 
Adakah duit tu tidak akan habis sampai bila-bila? NOOOO....
Kita kena ingat, dunia ni ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang pula di bawah. Jadi bila kita berada di bawah, adakah kita masih mahu bersama dengan orang yang kita suka tu kalau kita suka cuma dia sebab dia ada duit?

Ataupun, mungkin kita suka dia sebab dia boleh bagi kita semua yang kita mahukan...
Esok-esok kalau dia tidak dapat beri apa yang kita mahu? Adakah kita masih mahu bersama dia? Saya rasa... NOOOOOOOO.....




Lepas tu pensyarah kami bagi tips lagi (che, dia memang pemurah ^_^), kalau kita sukakan seseorang tu, 

Bukan rupa...
Bukan duit...
Bukan kemewahan yang dia boleh bagi...
Tapi lihatlah

HATINYA :)


Itulah perkara yang paling penting. Jangan tengok yang pakai dua biji mata jak, tapi tengoklah jugak dengan mata hati. Uisehhhh gitu.... Tetiba kan kelas edu begini, haha... lawak. Tapi lawak2 pun, mesej yang disampaikan tu berguna tau ^_^

Tapi Encik tu cakap, umur-umur kita ni, jarang ada yang tengok pakai mata hati. Sebab kita terlalu fokus kepada apa yang kita mampu lihat dengan mata kita. Dengan apa yang orang lain boleh lihat. Percaya atau tidak, itu adalah realiti. Mungkin tidak semua tapi... berapa ramai yang betul-betul tengok dengan hati? ;)
Sama-sama kita fikirkan ok.





Monday, 25 February 2013

Aku CEMBURU / Kalaulah Aku langsung TIDAK DISEBUT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Dengan nama ALLAH SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Pemilik segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dengan nama Allah, aku menulis.. (ok secara teknikalnya, menaip~kui3x...)

Kali ini dalam entry Islam, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak pasal isi usrah yang diikuti baru-baru ini.


Sabda Rasulullah, "Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi sesuatu yang asing. Maka beruntunglah orang-orang yang terasing (Al-Ghuraba) itu," Ditanyakan kepada baginda, siapakah Al-Ghuraba itu?" Rasulullah menjawab, "Orang-orang yang melakukan kebaikan di saat manusia telah rosak (akhlaknya)" - Hadis Riwayat Muslim


Di akhir zaman nanti, akan ada satu kelompok dalam kalangan manusia yang akan menyeru kepada kebaikan. Dan kelompok ini adalah kelompok yang melawan arus. Arus yang dimaksudkan di sini ialah arus duniawi. Mereka akan cuba mempertahankan agama dan berusaha untuk mengajak ke arah kebaikan. Tapi perjuangan ini bukanlah satu perjuangan yang mudah. Cuma orang-orang yang benar-benar cekal dan mahu untuk berjuang akan kekal dalam kelompok ini. Apa yang mereka lakukan akan berbeza daripada apa yang dilakukan oleh orang-orang yang biasa. Kelompok ini akan menjadi satu kelompok yang sangat terasing. 

Tapi, seperti apa yang dapat kita lihat dalam hadis di atas, beruntunglah orang-orang yang terasing itu. Mungkin mereka terasing dari segi pemakaian, di mana dapat kita lihat rata-rata masyarakat Islam pada hari ini (mungkin termasuk saya sendiri) tidak menutup aurat dengan sempurna, tapi kelompok yang disebutkan berusaha untuk memeliharanya dengan sempurna. Di saat kita semua masih leka dengan duniawi, mereka ini sudah menyiapkan bekalan untuk hari kemudian nanti. Di saat kita merisaukan persepsi manusia terhadap kita, mereka lebih memikirkan redha dan murka Allah atas perlakuan mereka. MasyaAllah... 

Indahnya. akhlak itu. Aku berharap agar aku dapat menjadi seperti mereka.Aku cemburu dengan mereka. Aku mahu menjadi seperti mereka. Tapi.. mampukah aku?

Bila difikirkan, kadang-kadang aku rasa sedih. Sedih sebab aku tidak mampu untuk menjadi sekuat orang-orang sekelilingku yang menerima hidayah Allah. Sedih sebab tidak mampu untuk menjadi secekal mereka. Tidak mampu untuk menjadi berani seperti beraninya mereka dalam mengangkat martabat agama Allah. Tidak mampu untuk melakukan banyak perubahan seperti banyaknya perubahan yang mereka lakukan. 

Aku malu. 

Malu bila memikirkan betapa sedikitnya usaha yang aku lakukan di jalan Allah. 

Tapi, satu hal yang tidak akan aku lupakan. Hidayah itu, tidak datang, kalau tidak dicari. Oleh itu, fikirku, walau seringan mana pun usaha yang aku lakukan, aku berharap agar usaha itu dapat memandu aku ke arah hidayah itu. Moga Allah akan terus menyalakan niatku dan niat kita semua untuk mencari cahaya itu.

Aku tahu aku bukan ustazah.

Aku tidak mengambil kursus pengajaran di IPG untuk menjadi guru agama.

Bapaku bukan seorang ustaz.

Aku bukan dibesarkan dalam keluarga yang sangat dalam pengetahuan agamanya.

Aku tidak mempunyai latar berlakang sekolah agama.

Aku bukan qariah yang boleh mengalunkan irama merdu apabila memperdengarkan bacaan Al-Quran.

Aku bukanlah orang yang serba-serbi tahu pasal hukum agama.

Dan dengan menulis post sebegini, tidak sekali-kali aku berfikir bahawa aku lebih tahu.

Aku cumalah seorang hamba Allah, yang menulis, untuk berkongsi apa yang diberitahukan kepadaku. Untuk berkongsi ilmu yang dipelajari. Dengan harapan bahawa perkongsian ini akan selalu membuat aku untuk muhasabah diri dan menilai diriku sendiri, bahawa sebagai seorang manusia, aku tidak akan lepas dari melakukan kesalahan. Dan semoga dengan teguran rakan-rakan semua, dapat menjadikan aku lebih baik daripada sebelumnya. Aku tahu aku tidak sempurna. Kalau ada yang tidak kena pada diriku. maka tegur dan perbetulkanlah. Jangan biarkan aku terus melakukan apa yang tidak sepatutnya aku lakukan. Mungkin aku tidak selalu sedar bahawa apa yang aku lakukan itu salah. Aku juga manusia biasa. Dan fitrahnya itu akan mudah terleka dan terlupa. 




Dikisahkan dalam Al-Quran, sebelum zaman Rasulullah SAW, di mana Allah SWT telah menurunkan perintah kepada Bani Israil untuk mengkhususkan hari Sabtu sebagai hari untuk beribadah dan sama sekali dilarang untuk bekerja pada hari tersebut. Salah satu daripada pekerjaan Bani Israil pada masa itu ialah menangkap ikan dan sudah tentu dalam konteks ini, tangkapan ikan adalah tidak dibenarkan pda hari Sabtu. Dikisahkan pula terdapat satu kelompok dalam Bani Israil ini yang telah memikirkan cara untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan pada hari Sabtu tanpa bekerja pada hari itu sedangkan Allah SWT melarang untuk berbuat demikian. Mereka telah memikirkan cara untuk meletakkan pukat pada hari Jumaat dan membiarkannya sehingga hari Ahad. Ini bermakna walaupun mereka tidak bekerja pada hari Sabtu, tapi mereka masih memperoleh hasil untuk hari tersebut. 

Lihatlah melalui perbuatan ini, mereka cuba untuk tawar-menawar dengan hukum Allah. Sedangkan Allah sudah meletakkan hukum sejelas-jelasnya. Terdapat  3 golongan yang disebutkan dalam kisah ini:

  1. Golongan yang melakukan perbuatan tersebut
  2. Golongan yang menegur golongan pertama. "Kenapa kau buat begitu? Bukankah hukum Allah itu sudah jelas mengatakan tidak boleh.
  3. Golongan yang tidak kisah dengan golongan pertama dan berkata dengan golongan kedua, "Kenapa kamu tegur mereka, suka hati diorang la. Kubur pun lain-lain kan. <----- ini ayat contoh untuk menunjukkan situasi.

Dan hasil daripada cerita tadi, diterangkan dalam Al-Quran bahawa kaum yang pertama telah dihukum oleh Allah menjadi sekumpulan kera. Golongan yang kedua pula mendapat balasan syurga kelak. Golongan ketiga pula, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada mereka.

Tidak disebutkan walau satu patah perkataan pun terhadap apa yang terjadi kepada golongan ketiga tadi dalam Al-Quran. Tidak disebut LANGSUNG. 

Cuba kita bayangkan, kalau ibu kita tanya semua khabar adik-adik kita tapi langsung tidak tanya pasal kita.

Cuba kita bayangkan, kalau ayah kita bercerita dengan orang tentang semua anak-anak dia yang lain, tapi tidak sebut langsung pasal kita.

Rasa-rasanya, apa perasaan kita? Apa kita rasa tentang ibu bapa kita?

Mereka tidak sayang kita kan?

Mereka lebih pentingkan anak-anak yang lain kan?

Mereka tidak peduli pasal kita kan?

Bayangkanlah kalau Allah yang tidak peduli dengan kita....

NAUZUBILLAH...

Semoga kisah ini dapat kita jadikan pengajaran dan teladan untuk sama-sama kita perbaiki diri dan saling ingat-mengingati. Semoga kita terhindar daripada menjadi golongan yang pertama dan ketiga sebentar tadi. InsyaAllah...


Saturday, 16 February 2013

ATTACK OF THE FOOD ENTRIES!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Disebabkan kebuntuan, kegelisahan, keresahan, dan macam2 'ke....an', penyakit untuk post semua pasal makanan datang. Terimbas kenangan lalu waktu poket masih berisi... Dulu la... Haish... Memori lama :(

Bukan semua pun aku makan pakai duit sendiri... haha... Rezeki murah dapat jumpa kawan-kawan & family yang suka membelanja ^___________^

 LET THIS BE A LATE NIGHT SUPPER FOR THE EYES... mata jak... sadly... Elaun-elaun...

LET THE ATTACK BEGIN!


chocolate flowers: a gift from lovely aunt!

Animated Oreo chocolate

Ladybird tiny cupcakes

Fish and chips @ Dome

Ice blended with Cadbury Crunchies

Chocolate banana cake / iced lemon tea @ Secret Recipe

Fried rice with chicken satay @ Secret Recipe

Piri piri chicken set/pepsi float with green tea ice-cream @ Sushi King

Hot latte @ Pancake house

Beef Tapa @ Pancake House

Hot Marble Pancakes @ Pancake House

Bento Set/Tori Kariage (I think...) @ Sushi King

Claypot Blackpepper Chicken with rice @ Grace Point

Butter Chicken with Rice @ Karamunsing

Seafood Watan Ho @ Olde Station

A......B.......C..... @ Taman Rimba

Chocolate Brownies with Ice Cream @ Secret Recipe

Tom Yam Kung @ Secret Recipe

Meals @ The Chicken Rice Shop

Double Zinger set @ KFC

Cola Float @ Olde Station

Nasi Lemak with Chicken Rendang @Olde Station

Milo Dinasour @ Warisan Ibu

Chicken Chop with Blackpepper sauce @ Warisan Ibu

Angkatan Kek Hari Jadiku!

Home-made Chicken Pandan

Stor makanan PSS Sekolah.. haha

Teh C Special @ Nasi Lemak Kopi O

Nasi Goreng Kampung @ Nasi Lemak Kopi O

Udang!!!!!!!!!

Grandma's Chicken Curry~

Party @ Aunt's Place

Durian Cream Puff @ Taste Better
Choc Cheese Cake/Iced Chocolate with whipped cream @ SR

THE END!!!

Go to sleep, people :)

Friday, 15 February 2013

Kau TEGUR aku???? KAU???



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... 


Sabda Rasulullah SAW, 


‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”


Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa perlu bagi kita untuk memberikan teguran dalam kalangan kita sesama Islam sekiranya melakukan sebarang kesilapan atau pun kemungkaran. Kemungkaran dari pelbagai segi, tapi aku tak jelaskan yang bahagian tu la ya sebab aku bukanlah tergolong dalam golongan2 yang 'ahli' pasal benda ni. Cuma sekadar berkongsi sedikit pengetahuan :) Kalau ada apa2 yang aku tersalah bagi pendapat ka... info yang salah ka... apa ka... yang korang tau... saya budak baru belajar jadi tolong maafkan dan betulkan k ;)
Makasehh... 

Ok, berbalik kepada topik teguran tadi, memang perkara ni kompom (hamboi buruknya spelling.. haha), maksud aku sememangnya pasti berkait rapat dengan kita semua. Apalagi dengan status kita  sebagai murid, pelajar, mahasiswa, mahasiswi berjaya (berjaya la kan...), anak kepada ibu bapa kita, adik kepada abang kakak kita, cucu kepada datuk nenek kita, anak buah kepada pakcik makcik kita, kawan kepada kawan, rakan kepada rakan, sahabat kepada sahabat (apa bezanya? =.=') dan macam-macam lagi la~ vagera3x

Dengan status-status yang kita ada ni, memang tidak akan lari dari teguran....

Mak: Jangan main hujan~ Nanti demammm~

Bapak: Jangan tinggalkan solat lima waktu. Itu wajib untuk kita tunaikan.

Abang: Jangan merayau-rayau~ Tidak berfaedah tu

Kakak: Jangan main lumpur! Aku sebat nii!!!!!! <--------- teguran??? hahaha :D

Ustazah: Jangan buat perkara-perkara yang mungkar, Allah tak suka..

Kawan: Bro, janganlah buat benda tak berfaedah tu... Tak baik untuk kau... Apa kata kau buat ini... atau ini... atau ini... boleh isi masa free dengan baik ^_^



Balik-balik jangan, jangan~

Sikit-sikit ndak boleh, ndak boleh...

Ini teguran2 yang ranking biasa la kan... Hampir setiap hari kita dengar. Tapi ada jugak yang tak sedar benda tu satu teguran... Salah satunya, macam orang yang tulis entry ni... hoho...  ehem-ehem.. Astaghfirullah...

Kadang-kadang kita akan rasa orang-orang di sekeliling kita terlalu banyak cakap. Itu tak boleh ini tak boleh. Yang ini dengan leterannya, yang itu dengan ceramahnya dan sebagainya.

Sedarkah kita bahawa kita sepatutnya bersyukur masih ada orang2 macam kumpulan di atas yang masih sudi untuk ingatkan kita untuk betulkan kesalahan yang kita buat, tegur untuk buat perkara-perkara yang betul?

Sedarkah kita bahawa kita sepatutnya gembira ada orang yang masih peduli dengan kita?

Haa... jawab2... uiseh

JENG3X~~~

Ok people, no worries. Aku pun kadang-kadang begitu jugak (che kdg2)... Biasalah manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan.. 

Itulah pentingnya muhasabah diri ^___^ Semoga aku sentiasa bermuhasabah diri. I mean, kita... hehe... aamiiin...

Jadi, dalam situasi tegur-menegur ni, perlu ada la kan sifat permuafakatan tu. Permuafakatan antara yang menegur dan yang ditegur. Kena ada sifat tolak ansur :)

Benda yang perlu kita elakkan,

Yang menegur: Kau ni aku tengok, makin menjadi-jadi. Tak ingat mati ka?

Yang ditegur: Diri kau tu pun macamlah sempurna sangat. Tak banyak beza pun kau dengan aku. Kubur masing2, kau jaga tepi kain kau, aku jaga tepi kain aku.

Yang menegur: Sekurang-kurangnya, aku lagi baik dari kau. Aku rajin buat gini... buat gitu... Kau ada??? ada??? 

Yang ditegur/menegur: :P (mode kencang/marah)

Situasi di atas contoh jak tau... CONTOH... Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia ok :)

Jadi untuk mengelakkan situasi di atas daripada berlaku, kita kena tahu adab-adab dalam menegur orang ;)

Ada tiga faktor yang perlu kita pertimbangkan dalam proses (amboi proses) menegur ini. (halaqah.net)


  • tidak merendahkan ego orang yang ditegur- Menegur pun biarlah berpada-pada. Jangan  kita mengaibkan pulak orang yang ditegur tu. Kalau boleh teguran tu janganlah sampai orang yang ditegur tu rasa yang dia tu buruk sangat dan kita ni lagi baik daripada dia. Tegur secara berhikmah. Jangan gunakan perkataan yang kasar sebaliknya cuba untuk berbicara dengan bahasa yang sopan dan lemah-lembut. At least, sejuk jugaklah telinga mendengar kan. Kalau kau tegur aku, trep kencang2, aku baling ko pi parit hospital sana! Che, just kidding... Pokoknya gunakan cara yang sopan. Tegur pun janganlah depan orang. Kesian lah jugak kalau mo tegur depan-depan orang. Sebaik-baiknya biar cuma orang yang menegur dan yang ditegur tu jak yang tahu benda yang ditegur 

  • mencari waktu yang tepat - Mau menegur pun tengoklah jugak 'timing' dia. Karang ada pulak yang menegur tetiba jam 3 pagi~ Janganlah tegur masa orang tu tengah bad mood, free2 ko makan kasut nanti... hehe... paling best kalau boleh cari timing yang santai. Jangan buat suasana teguran tu merupakan sesuatu yang menjengkelkan. Kot2 la kan sebelum menegur tu belanja la dia aiskrim dulu ka.. coklat ka... hahaha... 

  • memahami kedudukan orang yang ditegur - Last but not least dan yang paaaaaling penting, let's put our self into their shoes. Kadang-kadang kita tegur orang sebab kita rasa yang dia tidak buat benda yang betul, atau dia buat benda yang kita tidak suka. Tapi, kita kena ambil kira jugak, kenapa dia buat begitu. Mesti bersebab. Try to consider ok :) tu pasal la dalam menegur ni kita ndak boleh main redahhh jakkk. Cakap baik2 ah ^_^

Itulah sedikit sebanyak perkongsian ilmu untuk hari ini :) Jadi kita ambil yang keruh, aik silap, ambil yang jernih, buang yang keruh... ha... baru betul... hehe...

Aku pun sebelum ni kalau ditegur, ngok2 sikit jugak.. Kalau menegur pulak, aku tidak ambil kira pasal 3 faktor di atas ni. Jadi, harap-harap lepas ni kita sama-sama boleh ubah cara teguran kita terhadap seseorang di masa akan datang. INSYAALLAH... 

Ingat, dalam menegur, tegur secara berhikmah, bersopan, bertatasusila dan vagera2x...

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.



Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;


‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” - halaqah.net

Sedangkan dengan Firaun pun Allah perintahkan Nabi kita untuk bercakap dengan lemah-lembut, apalagi kita sesama umat? ;)

Kalau ditegur, terima seadanya. Kita tidak nampak salah kita, tapi orang nampak. Itulah pentingnya untuk terima teguran yang baik dengan hati yang terbuka. Ada satu pepatah, jangan tengok orang yang menegur, tapi tengok apa yang dia tegur. Kalau teguran dia betul dan kita tahu kita salah, terima dengan baik dan minta maaf. 

Boleh jadi orang yang menegur tu pun banyak salah dan silap dia. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak hiraukan teguran dia :) Kalau boleh janganlah ada niat ni dalam hati,

Dia pun tak perfect, dia pun buat salah, mau pulak tegur2 orang.

Alahaiiiiiiiiiiiiii macik2 dan pacik2 abang2 kakak2~~~~~


Susahlah Islam kalau mahu tunggu semua 
orang jadi perfect dan mesti lebih baik dari kita dulu baru boleh bagi teguran :) kan?

Moga info ini membawa manfaat untuk semua... InsyaAllah... :)

Sama-sama kita muhasabah dan perbaiki diri... Sama-sama kita renungkan ^_^


Yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang silap tu adalah daripada kelemahan diri aku sendiri... JUMPA LAGI :)

The Story of Them... And HER..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...



Ini Mashi....




Ini pulak Maru...




Dorang dua bestfriend...



Papa aku beli Mashi 3 hari sebelum aku balik bercuti...

Aku sangat happy :)

Gembira bila tengok ada arnab comel baru yang mama kirimkan gambarnya melalui MMS...

Tidak sabar mau balik kampung untuk untuk tengok Mashi...

Sebelum tu, aku namakan Mashi sebagai Doraini. Sebab dia arnab betina yang pertama. Aku tengok dia ayu jak... Tak banyak songeh macam Sinchan & Kiko..  Just, ayu... macam Doraini :)

Sampai di rumah, aku pun tengok Doraini buat kali pertama secara LIVE... Ya Allah... sangat comel~ :)

Bulu dia sama dengan Kiko...

2 hari selepas berada di rumah, kami sekeluarga pergi Tawau. Tup2 pi pasar minggu dan Papa beli Maru...

Maru pun comel jugak... tembam jak aku tengok dia... Dengan bulu coklat dia tu...

Sekaligus papa beli rumah baru untuk dua arnab kecik tu...

Dapat jak 1 rumah, budak berdua tu pun jadi besfriend... Sebab tulah aku tukar nama Doraini pi Mashi...

Jadi Mashi dan Maru... MashiMaru... :)

Tiba-tiba aku perasan satu perkara, si Mashi ni agak slim dibandingkan dengan si Maru yang gemuk.

Jadi aku pun tukar nama dorang... lagi...

Im-Im (slim) dan Muk-Muk (gemuk)

Itulah nama tetap dorang...


IM-IM DAN MUK-MUK  (^___^)


Hari2 dorang main sama2... Makan sama2... Minum sama-sama... Buat muka kiut sama2... Melompat sama2.. Semua benda buat sama2... :)

Kalau waktu mau makan, berebut-rebut sumbat muka dalam tempat makanan tu... Sama la si Im-Im dengan si Muk-Muk.. 2x5...

Minum pun begitu, mau jugak berebut... Kalau Muk-Muk minum, si Im-Im menyibuk jugak mau minum tapi lepas si Muk-Muk minum dia ndak minum pulak... Muk-Muk pun sama, tunggu si Im-Im minum dulu baru menyibuk jugak minum... Macam2 :)



TAPI....

................................................

.........

.....................

Sekarang tidak lagi...

Semalam Im-Im dan Muk-Muk main dan makan sama2.... Macam rutin yang biasa...

Dan itu adalah kali TERAKHIR aku tengok dorang main sama-sama...

Lepas Subuh tadi Papa ketuk pintu bilik kami....

Buka jak pintu bilik, Papa bagitau yang...

Yang Im-Im sudah mati...

Kami pun cepat-cepat keluar.

"Macam mana boleh mati, semalam dia sempat main-main lagi dengan si Muk-Muk," kataku.

Keluar jak tengok Im-Im, aku jadi sebak... Dan terus menangis...

Aku ingat yang Papa tersalah tengok, tapi.....

Si Im-Im memang sudah jadi kaku.....

Mata dia masih terbuka.... Tapi satu badan kecil dia yang putih tu sudah jadi keras :'(

Dia memang sudah tiada.

Aku tidak tahu sejak bila dia tiada. Mungkin untuk masa yang agak lama sebab dia suda jadi begitu...

Aku salahkan diri sendiri.

Macam mana aku boleh tidak sedar. :'(

Entah sudah berapa lama dia jadi macam tu...

Papa pun keluarkan dia dari rumah dorang perlahan-lahan dan tutup mata dia yang masih terbuka...

Im-Im dikuburkan di halaman rumah.

Dia tidak sakit pun. Tengok badan dia kalau ada benda yang gigit tapi tiada pulak.

Jadi kenapa........

Mama cakap, semalam sejuk... Jadi mungkin Im-Im mati sebab..... kesejukan.....

Aku kesal sebab aku tidak boleh jadi penjaga yang baik...

Aku tahu memang ramai yang cakap, umur arnab tidak panjang macam kucing dan sebagainya.

Aku tahu hari seperti ini akan tiba jugak satu hari nanti...

Tapi aku tidak menyangka yang hari itu ialah HARI INI...

Secepat ini...



SEKARANG...

Muk-muk tinggal sendiri... Main sendiri.... Makan sendiri... Semua sendiri.... dan Im-Im pulak suda tiada...

Tiada lagi kawan untuk sumbat muka dalam tempat makanan sama-sama waktu makan.

Tiada lagi kawan untuk ikut jugak minum air kalau si Muk-Muk minum.

Orang cakap, kalau haiwan mati, dorang akan terus masuk syurga. Jadi kalau begitu maknanya Im-Im sudah bahagia di tempat dia berada sekarang. Itu yang terbaik untuk dia...

Walau apa pun...

Aku masih merasa waktu dengan Im-Im terlalu singkat...

Hanya seminggu....

Dan seminggu itu berakhir pada hari ini.....



Jadi, kepada sesiapa yang balik-balik tanya aku,

 bila arnab ko mau mati?

Arnab ko masih hidup?

Ndak mati lagi ka?

At least you got your answer...

Kan...

Wednesday, 13 February 2013

MAKAN2!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillahi robbil alamin.. wassalatu wassalamu ala asyrafil anbiya iwal mursalin... wa ala alihi wasohbihi ajmain...

Ok, first entry pasal food! Inilah kebahagiaan bila cuti dan balik ke kampung.

Makanan tidak akan pernah habis~ ^_^

Jadi aku sengaja la mo post MEE BANDUNG HOME-MADE ni...

jajang!!! pedas kaw2!!!

Tuesday, 12 February 2013

THE NEW LOOK!


Bismillahirrahmanirrahim...

Ok, sebelum tu, aku bukan saja suka-suka mau tukar blog. (LAGI =.=')

Blog BELIEVE IN MIRACLES sebelum ni sudah dihapuskan disebabkan masalah-masalah setting yang sudah tidak dapat dielakkan, yang mana telah mengundang kekencanganku pada waktu cuti yang SEPATUTNYA damai ini. Sudahlah teda elaun... Astaghfirullah, TERmerungut lah pulak. Kalau ada sesiapa yang pernah baca blog sebelum ni, memang ada post-post berulang yang aku copy & paste pi sini. Rasa sayang pulak terkandas di blog lama... hehe... 

ANYWAY, 

Selamat Datang ke 
ASMIDAR KHAUTSAR: The Story Continues... 

uiseh trep... Apa pun, jangan lupa follow & jerit-jerit la sikit dekat shoutbox aiskrim sana... hehe (che, memaksa ni...)

Dengan adanya blog yang baru (lagi) ni, tetiba aku TER'addict' untuk letak widget sana widget sini... Setakat ini hasilnya, seperti yang korang dapat nampak lah kan. Moto: Akan cuba menjadi lebih aktif daripada sebelumnya! (walaupun ayat ni macam sentiasa keluar setiap kali ada blog baru, haha)

FOLLOW ME ^_^ Korang pun ble la tinggalkan url blog korang pulak dekat shoutbox tu supaya aku pun boleh follow blog kamu orang... Makaseh :)

WASSALAM...

Monday, 11 February 2013

Sunday WALK-A-THON!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillahi robbil alamin wassalatu wassala muala asyrafil anbiya iwal mursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain...

Hari ni aku telah menyelesaikan satu lagi misi iaitu walk-a-thon aka jalan-jalan (in my own definition.. haha) di sekitar KK. Sekali-sekala jalan sendiri-sendiri best jugak. Tidaklah seteruk gambaran 'forever alone' yang aku tahu sebelum ni. Ke mana kaki mahu melangkah, aku bebas untuk memilih. Semuanya terpulang kepada diriku :)

Sebelum mulakan perjalanan, sempat jugaklah berdoa minta perlindungan dengan Allah, lagipun sekarang ni macam-macam perkara yang boleh terjadi. Alhamdulillah, berkat perlindungan Allah SWT, aku selamat pergi dan selamat kembali di IPG tercinta. (tercinta la sangat kan)

Jajang! City Bus...

Setibanya di Terminal Wawasan, aku menaiki City Bus untuk sampai ke Wisma Merdeka. Tujuan utama sebenarnya mahu pergi ke Gaya Street dan memandangkan tempat tu dekat dengan Wisma Merdeka, aku memilih untuk turun di sana. 

Wisma Merdeka

Gaya Street merupakan destinasiku yang pertama. Di sana macam-macam ada. Of course, orang area KK memang tau la kan sana ada apa. Kebiasaannya tempat ni memang aku sentiasa sibuk memanjang dari pagi sampai lah tengah hari. Aku sempat membolot cheese cake dan lain-lain barang di sini tadi... Hohi...

Gaya Street Sunday Market

Selepas tu, aku pun kembali ke Wisma Merdeka. Sampai saja di sana, aku pun menyelesaikan urusan gambar pasport yang aku perlukan untuk borang keahlian Puteri Islam. Lepas tu pusing-pusing kawasan sekitarnya. Sempat juga aku masuk satu kawasan yang ala-ala Sinsuran, tapi tak tahu namanya... Hoho... Selesai saja semua urusan, bangunan di bawah ni merupakan destinasi yang seterusnya.


Suria Sabah Shopping Mall

Memandangkan keadaan dompet dan poket yang tidak mengizinkan untuk aku bershopping sakan di sini, aku cuma memilih untuk tengok movie baru yang orang ramai cakap best. Konon. Tapi terlepas showtime jam 12 lebih. Jadi terpaksalah aku tunggu sampai jam dua untuk tengok movie ni.

   

Sementara tu, sempatlah aku lepak di sini...



Ha ah.. Ha ah... Aku tengok Hansel and Gretel Witch Hunter. Ok jugak la. Tapi cerita ni memang tidak sesuai untuk kanak-kanak sebab ia diolah dengan beberapa penambahan yang agak berbeza dari versi sebenar cerita ni. Bukan setakat pasal dua orang budak makan rumah gula-gula ok. Cara pembunuhan dan babak pergaduhan dalam cerita ni bagi aku agak ekstrem (untuk ditonton kanak-kanak). Pembunuhan yang agak kejam dan brutal. Ok cukup sampai di situ.

Selesai tengok wayang, aku memutuskan untuk berjalan kaki dari Wisma Merdeka sampailah ke Centrepoint. Tidaklah jauh sangat pun.


Dan dari Centrepoint, aku pun kembali ke Terminal Wawasan dan meneruskan perjalanan pulang.



Akhirnya selamat juga sampai di sini. Alhamdulillah :)


It's been a great day today! :)