Monday, 11 February 2013

Sunday WALK-A-THON!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillahi robbil alamin wassalatu wassala muala asyrafil anbiya iwal mursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain...

Hari ni aku telah menyelesaikan satu lagi misi iaitu walk-a-thon aka jalan-jalan (in my own definition.. haha) di sekitar KK. Sekali-sekala jalan sendiri-sendiri best jugak. Tidaklah seteruk gambaran 'forever alone' yang aku tahu sebelum ni. Ke mana kaki mahu melangkah, aku bebas untuk memilih. Semuanya terpulang kepada diriku :)

Sebelum mulakan perjalanan, sempat jugaklah berdoa minta perlindungan dengan Allah, lagipun sekarang ni macam-macam perkara yang boleh terjadi. Alhamdulillah, berkat perlindungan Allah SWT, aku selamat pergi dan selamat kembali di IPG tercinta. (tercinta la sangat kan)

Jajang! City Bus...

Setibanya di Terminal Wawasan, aku menaiki City Bus untuk sampai ke Wisma Merdeka. Tujuan utama sebenarnya mahu pergi ke Gaya Street dan memandangkan tempat tu dekat dengan Wisma Merdeka, aku memilih untuk turun di sana. 

Wisma Merdeka

Gaya Street merupakan destinasiku yang pertama. Di sana macam-macam ada. Of course, orang area KK memang tau la kan sana ada apa. Kebiasaannya tempat ni memang aku sentiasa sibuk memanjang dari pagi sampai lah tengah hari. Aku sempat membolot cheese cake dan lain-lain barang di sini tadi... Hohi...

Gaya Street Sunday Market

Selepas tu, aku pun kembali ke Wisma Merdeka. Sampai saja di sana, aku pun menyelesaikan urusan gambar pasport yang aku perlukan untuk borang keahlian Puteri Islam. Lepas tu pusing-pusing kawasan sekitarnya. Sempat juga aku masuk satu kawasan yang ala-ala Sinsuran, tapi tak tahu namanya... Hoho... Selesai saja semua urusan, bangunan di bawah ni merupakan destinasi yang seterusnya.


Suria Sabah Shopping Mall

Memandangkan keadaan dompet dan poket yang tidak mengizinkan untuk aku bershopping sakan di sini, aku cuma memilih untuk tengok movie baru yang orang ramai cakap best. Konon. Tapi terlepas showtime jam 12 lebih. Jadi terpaksalah aku tunggu sampai jam dua untuk tengok movie ni.

   

Sementara tu, sempatlah aku lepak di sini...



Ha ah.. Ha ah... Aku tengok Hansel and Gretel Witch Hunter. Ok jugak la. Tapi cerita ni memang tidak sesuai untuk kanak-kanak sebab ia diolah dengan beberapa penambahan yang agak berbeza dari versi sebenar cerita ni. Bukan setakat pasal dua orang budak makan rumah gula-gula ok. Cara pembunuhan dan babak pergaduhan dalam cerita ni bagi aku agak ekstrem (untuk ditonton kanak-kanak). Pembunuhan yang agak kejam dan brutal. Ok cukup sampai di situ.

Selesai tengok wayang, aku memutuskan untuk berjalan kaki dari Wisma Merdeka sampailah ke Centrepoint. Tidaklah jauh sangat pun.


Dan dari Centrepoint, aku pun kembali ke Terminal Wawasan dan meneruskan perjalanan pulang.



Akhirnya selamat juga sampai di sini. Alhamdulillah :)


It's been a great day today! :)

1 comments:

Wanie Amir said...
This comment has been removed by the author.