Thursday, 15 October 2020

COVID-19, FITNAH DAJJAL & INTERNET

 Bismillahirrahmanirrahim...

Whoa.. lamanya tidak kemaskini blog.

Truth be told, I've been seeing these kind posts on many platforms of socmed, I believe it's time for me to give a thought on it considering things are getting worse day by day. Let's start with this picture shall we?

 

Saban hari aku nampak isu-isu sebegini berlegar-legar di FB, disebar oleh pihak yang ‘mengaku’ mempertahankan sunnah hingga mengherdik para alim ulama, ahli sunnah wal jamaah sendiri di Negara kita. Terjadinya pandemik Covid-19 ini mencetuskan perpecahan ideologi antara manusia. Ada yang percaya bahawa ianya rekaan dan tipuan semata-mata, yang dirancang oleh golongan penyambut kedatangan Dajjal untuk menyesatkan manusia dari agama. Ada pula yang beranggapan yang pandemik ini sememangnya wujud, tapi bukan secara semulajadi, dihasilkan oleh manusia, digunakan untuk mengawal peredaran dunia hari ini. Macam-macam lagi pandangan.

Cuma yang aku cukup kurang berkenan, kita mengaku kita mempertahankan agama kita, tapi kata-kata yang kita lontar seolah-olah kita sudah lupa bahawa tidak ada satu kejadian di langit dan di bumi yang berlaku tanpa izin dari Allah SWT, baik di masa lalu, sekarang dan masa depan. Dia Tuhan yang menetapkan segala-galanya. Tidak ada yang melangkaui kekuasaanNya.

Kita herdik alim ulama, seolah-olah kita lebih arif tentang hukum agama dari mereka, kita pertikai para petugas kesihatan seolah-olah kita yang pergi belajar di sekolah medik bertahun-tahun dan belajar tentang semua penyakit dan sejarah perubatan yang wujud dalam peradaban manusia. Atas dasar apa? Maklumat-maklumat yang dikatakan ‘sulit’ yang sempat dipaparkan di Facebook sebelum dihapuskan. Dicetuskan oleh siapa? We call it SULIT for a reason. Aku mahu tanya, kamu betul-betul kenal ka dengan orang yang menyebar semua informasi ni? Kamu betul-betul yakin ka dia wujud dan peranannya sama seperti apa yang dia claim? Ada tak benda lain yang boleh menyokong persepsi yang covid-19 ni dusta semata-mata SELAIN DARIPADA apa yang kamu nampak di INTERNET? Ada?

Menyedihkan bila apa yang kita nampak di internet kita gunakan untuk tutup mata kita daripada melihat MASALAH SEBENAR yang berlaku depan mata kita. Para pemimpin ada yang masih sibuk berebut kuasa, frontliners berkorban untuk menyelamatkan nyawa sehingga ada yang terpaksa meninggalkan keluarga sendiri demi panggilan tugas, wad sementara berasaskan khemah sudah mula ditubuhkan di beberapa hospital terutamnya zon-zon merah, ekonomi kita mula berhadapan dengan semakin banyak risiko, bantuan kepada rakyat masih jadi isu hingga kini, ramai kehilangan punca pendapatan, worst-case scenario, kehilangan tempat bergantung, ada yang terpaksa berlapar berhari-hari. Tidak mustahil keadaan akan jadi lebih teruk kalau kita terus butakan mata.

THIS IS THE EXACT PROBLEM IN OUR SOCIETY. Kita semakin parah tapi masih ada pihak mendustakan semua ini, mengajak orang untuk sebarkan idea ABAIKAN SOP sebab pandemik ni HOAX, kita jadikan peraturan yang ada sebagai bahan ejekan, mengatakan yang semua manusia sudah tertipu dengan agenda dajjal, cukup lurus macam lembu kena cucuk hidung, seolah-olah kita seorang saja dalam dunia ni yang dikurniakan akal untuk berfikir, seolah-olah kita saja yang beriman, seolah-olah kita saja yang berpegang dengan Al-Quran dan orang lain sudah terpesong, seolah-olah kita saja yang Allah lindung, seolah-olah kita sahaja yang cukup bijak boleh berfikir di luar kotak untuk menghidu ‘konspirasi’ yang dicanang-canangkan.

Apapun yang kita percaya, buka mata dan buka hati apa yang berlaku dalam Negara kita. Sangat tidak adil untuk kita MENIDAKKAN PENGORBANAN SEMUA YANG TERLIBAT TERUTAMANYA FRONTLINERS berdasarkan apa yang kita baca dan lihat di media sosial. Tidak dapat ringankan beban mereka, jangan tambah. Terpulang dengan pendirian masing-masing, tapi kalau pendirian kamu tu boleh menyebabkan satu Negara berisiko, best to keep it to yourself.

Jangan keyakinan kita pada sesuatu perkara atas SOCMED melebihi keyakinan kita terhadap apa yang Allah bagi sebagai ujian untuk kita, melebihi keinginan kita untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga kita. Aku bukan orang yang arif hukum agama, tapi aku tahu, aku yakin, dan aku percaya Allah SWT tidak akan pernah menyuruh hambaNya melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri dan keluarga dalam situasi kita berdepan dengan wabak begini. Tidak ada satu Nabi pun yang berdakwah dengan cara mengherdik dan menyindir orang. Apalagi yang berkorban untuk keselamatan kita. And that’s how I know apa yang aku perlu percaya, dan apa yang tidak.

Aku percaya kita sudah berada di akhir zaman. Kemunculan Dajjal itu pasti. Tapi kita tidak akan pernah tahu bila, dan bagaimana. Jadi jangan cuba-cuba untuk agak, jangan trep tahu. Itu semua rahsia Allah. Jangan pernah rasa kita tahu lebih dari orang lain. Yang penting, persiapkan diri dengan perbanyakkan ibadah dan doa minta perlindungan, bukan TAFSIR SENDIRI ayat Al-Quran dan Hadith ikut PEMAHAMAN SENDIRI, bukan berkempen pandemik ni HOAX semata-mata lepas tu santai-santai di rumah bila dicari sukarelawan untuk membantu pandai pulak diam-diam. Kalau betul mau ikut ajaran dan sunnah Nabi, mau angkat martabat Islam, permudahkan urusan orang, beri bantuan kalau ada kemampuan, hargai pengorbanan frontliners kita, buat apa yang mampu untuk lindungi diri kita dan keluarga. Jaga tingkah laku kita sebagai orang Islam, jangan sampai kita mempersenda usaha orang lain. Sebelum kita mau sebar ini hoax itu hoax, sebelum kita rasa kita tahu betul sudah ‘plandemik’ ni lebih dari orang lain, tanya diri kamu soalan ini,

SIAPA YANG KAWAL INTERNET DI SELURUH DUNIA? SIAPA YANG ADA KUASA UNTUK MANIPULASI APA-APA PUN INFO YANG KELUAR DI INTERNET? DO YOU REALLY THINK THEY WOULD JUST LET IT ‘SLIP’ IF IT’S NOT IN THE PLAN?

And you think you suddenly have wisdom over everything…

Fikir-fikir dulu sebelum ambil keputusan untuk percaya.

Konspirasi digelar konspirasi for a reason. Buka kamus, cek.