BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN, WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN, WA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN, AMMA BA'DU
Sekarang aku sedang cuba menerima hakikat bahawa mahu atau tidak, suka atau tidak suka, aku perlu menyiapkan segala macam kerja kursus yang ada ni sebelum cuti habis. :(
Tu lah, masa awal-awal kena bagi ndak mau pulak buat, sekarang dekat-dekat deadline sudah baru sibuk mau buat segala-galanya. :P Ok, itu adalah kelemahan diri saya sendiri sepenuhnya. Hehe...
Seminggu jadi cikgu sekolah (cikgu la sgt) membuatkan aku tidak putus-putus untuk berfikir sama ada aku mampu untuk menjadi seorang pendidik yang baik ataupun tidak. Aku tidak mahu la kan esok-esok jadi cikgu, anak murid entah ke mana.
Masa dalam kelas, tengah kuliah ni, ada lah timbul isu pasal macam mana kalau ada anak murid yang tak paham-paham benda yang kita ajar. Patut biar jak ka atau pun macam mana? Jadi ada seorang yang bagi pendapat, kita kena terima hakikat bahawa tidak semua orang akan faham apa yang kita ajar. Tidak semua orang akan jadi pandai. Kalau semua orang pandai, siapa mahu kerja buat bangunan? Siapa yang akan bersihkan sampah? Siapa yang akan jadi jaga?
Aku diam.
Fikirku, bermula dari persepsi sebeginilah orang kita susah mahu maju.
Kenapa tidak persoalkan kalau bukan mereka yang kena berusaha sendiri untuk naikkan taraf hidup mereka siapa lagi?
Kalau bukan mereka yang perlu timba ilmu tinggi untuk elakkan peratus kemiskinan dalam negara ni makin tinggi siapa lagi?
Kalau bukan mereka yang ubah masa depan mereka untuk jadi lebih baik dari masa silam mereka siapa lagi?
Kalau bukan mereka generasi yang kita harapkan untuk cari penawar pelbagai jenis kanser yang masih tiada penawar,
kalau bukan mereka bakal pemimpin yang kita harapkan untuk selamatkan negara ni dari hancur,
kalau bukan mereka yang selamatkan bumi ni daripada terus dirosakkan,
kalau bukan mereka satu-satunya harapan kita untuk lihat masa depan yang cerah untuk semua,
siapa lagi...?
Dan boleh-boleh nya kita cuma cakap, tidak semua orang boleh jadi pandai.....
.....
Semua orang boleh jadi pandai, cuma bezanya ada yang mahu pandai dan ada yang tidak mahu pandai. Tugas kita sebagai cikgu untuk buat orang yang tidak mahu pandai tu jadi pandai. Sudah buat orang pandai, jadikan diorang manusia yang tidak gunakan kepandaian tu untuk buat kerosakan. Kalau pandai pun tapi tidak beradab, pointless jugak...
Hah? Ingat senang jadi cikgu? As simple as datang sekolah, ajar budak, bagi kerja rumah, suruh hantar hari sekian-sekian, dan pulang. Buat benda yang sama ni setiap hari. Bunyi macam senang kan? Come and take a closer look, the fact of a teacher's life is not even close to what you can imagine. Everybody thinks teaching is easy, just like walking in a park, but only the teacher himself/herself knows that the park he/she is walking in is a JURASSIC PARK filled with different kinds of 'man-eating' dinosaurs!
Nak ajar memang senang, tapi mau ajar murid jadi manusia yang berguna tu yang susah.
Back to what I've said earlier, ini bukan persoalan untuk merendahkan, siapalah aku memandang tinggi diriku dan memandang rendah terhadap orang lain, lagipun masing2 pekerjaan yang disebutkan tu mendatangkan rezeki yang halal InsyaAllah. Tetapi kita perlu fikir apa yang kita patut buat untuk maju. Sebab tu lah kita jauh ketinggalan dalam semua bidang jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Sebab persepsi 'jika ada yang jadi peguam, kena ada juga yang sapu sampah'. Dalam satu kelompok, ada yang maju ada yang tidak maju.
Aku nekad, kalau di masa hadapan nanti ada orang yang masih tidak maju, kalau aku harus akur untuk menerima masih ada yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang disebabkan sifat tidak mahu tahu ilmu, aku akan pastikan orang itu bukan dalam kalangan murid yang pernah aku ajar. Aku tahu ini mustahil. Mungkin orang akan kata aku gila. Gila sebab mengharap pada benda yang mustahil untuk terjadi.
Man jadda wa jada...
Siapa yang berusaha dia akan berjaya. InsyaAllah, kalau Allah berfirman kun faya kun, tidak ada yang mustahil kan.
Kalau boleh aku mahu mewarisi sifat pendidik yang dimiliki ayah, ibu, datuk, dan nenek yang pernah mengukir nama mendidik anak bangsa. Aku tidak mahu sekadar jadi seorang guru yang baik. Bukan tidak bersyukur atau apa tapi,
untuk lahirkan anak murid yang luar biasa, cikgu dia pun kenalah luar biasa jugak kan? HOHO... macam main bola la kan, untuk hasilkan satu team bola sepak yang mantap meletup bom3x, coach dia pun mesti yang baik punyaaa. kena pandai susun strategi, kena pandai atur posisi, kena bijak untuk kaji minda dan pergerakan pihak lawan, barulah ada fight. Pemain bola pun sama, kena pandai main peranan, bijak cari peluang untuk jaringkan gol, dan pandai kelirukan pihak lawan. Macam murid, kena tahu praktikkan apa yang cikgu ajar, bijak kembangkan potensi diri, pandai cari peluang untuk berjaya. Percaya atau tidak, semua kejayaan itu bermula dari
seorang guru :)
Tu diaaaaaaa. Jadi kesimpulannya, InsyaAllah, aku akan berusaha jadi seorang pendidik yang luar biasa ^__________________^ aisehmen...
Moga Allah permudahkan urusan kita semua :)
Aamiiin...









