Bila Sudah Jadi BEGINI...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN.. WASSALA TU WASSALAMU ALA ANBIYA IWAL MURSALIN... WA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN..
Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk bernafas pada hari ini.
Ya Allah...
Betapa aku membimbangkan keluarga yang ada di kampung. Ibu, ayah, fatin, nenek, atuk, pakcik, makcik, didi, ijah dan puding :(
Menurut berita terkini, keadaan di Lahad Datu semakin membimbangkan. Dua orang tentera kita telah terkorban. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Dan ramai lagi yang tercedera.
Aku sendiri tidak tahu sama ada esok hari keadaan semakin bertambah parah atau mudah-mudahan sebaliknya. InsyaAllah kita akan sentiasa berada dalam lindunganNya.
Bila sudah jadi begini, barulah aku mula berfikir.
Sedangkan dalam keadaan kita sekarang ni ada dua orang yang maut, walaupun tiada orang awam yang terbunuh atau cedera, sudah begitu panik, bagaimana dengan saudara-saudara kita di Palestin sana yang saban hari dibedil dengan bom tanpa mengenal mangsa bayi, kanak-kanak, ataupun orang tua?
Sedangkan begini kita sudah terlalu bimbang dengan keselamatan keluarga masing-masing (Allah sajalah yang tahu perasaan bimbang itu), bagaimana pula perasaan saudara-saudara kita di Syria yang setiap hari menyaksikan pertumpahan darah di bumi mereka? Yang setiap hari pasti ada ibu yang menangis kehilangan anaknya, anak kecil menjadi yatim piatu, orang tua pula terbaring kaku? Mahu keluar rumah untuk cari sesuap nasi pun tiada jaminan sama ada dapat kembali ke rumah untuk membawa makanan kepada isteri dan anak-anak yang kelaparan di rumah atau tidak.
Apa perasaan kita kalau kita di tempat mereka?
Aku tidak tahu sama ada kita cukup kuat untuk menerima ujian sehebat itu.
Apa yang aku ingin katakan di sini ialah, mungkin ini salah satu cara Allah untuk bagi kita peringatan tentang penderitaan saudara-saudara kita di luar sana yang terlupakan. Allah ingatkan kita, sewaktu kita ketawa dan berbahagia, terlalu ramai saudara yang menangis dan kehilangan. Bukan saja di Palestin dan Syria. Banyak lagi saudara yang menderita tetapi kita tidak tahu.
Atau sebenarnya, tidak ambil peduli.
Tidak berminat untuk tahu pun.
Mungkin Allah mahu berikan kita sedikit daripada apa yang mereka rasakan.
Mungkin kita terlalu selesa dengan kedudukan kita, sampai lupa dengan kesakitan saudara-saudara kita.
Kita terlalu asyik bermandikan pelbagai kemudahan dan kemewahan.
Kita ingat yang negara ini tidak akan diancam sampai bila-bila.
Dan kita lupa satu perkara,
"Kun faya kun..."
Jika Allah berkata jadi, maka jadilah ia...
Keadaan darurat ini membuatkan kita berfikir pelbagai perkara yang mungkin boleh terjadi. Kita leka dan lupa yang KEAMANAN itu juga hanyalah PINJAMAN dan bila-bila masa pemiliknya boleh mengambil hakNya daripada kita.
Mungkin insiden yang terjadi ini akan membuat kita lebih prihatin dengan keadaan saudara-saudara yang lain.
Tetapi apa yang penting ialah, kita perlu bersatu hati pada saat-saat begini. Tidak harus wujud jurang yang memisahkan kita. Tidak kira bangsa dan agama. Sama-sama kita berdoa untuk keselamatan negara kita.
Aku yakin Allah tidak akan menurunkan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hambaNya. Semoga Allah melindungi kita semua daripada sebarang ancaman dan bahaya.
Aamiiin...

0 comments:
Post a Comment