BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN... WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN... WA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN...
It's true. A TRUE LOVE STORY NEVER ENDS...
Sebut pasal kisah cinta jak, kisah cinta apa yang bermain di minda kamurang?
Titanic?
Love Is Cinta?
Kuch-kuch Hota Hai?
Mohabbatein?
Ayat-ayat cinta?
Dan macam2 cinta lah kan..... ndak habis kalau sebut semuanya di sini...
Kali ni aku mo ajak korang semua untuk baca kisah cinta yang satu ini...
Aku tidak pernah menemukan cinta sebegini sama ada realiti mahupun dongeng semata-mata. Tapi kisah yang bakal aku kongsikan ini, adalah kisah yang benar-benar terjadi dan bukan sekadar arahan filem, sinetron, telenovela, dan lain-lain, tetapi adalah untaian sebuah ceritera cinta agung di sebalik sebuah lembaran sejarah yang terlupakan...
Mari kita jenguk seketika kisah cinta
SAIDINA UTHMAN B. AFFAN & NAILAH...
Nailah merupakan isteri kepada Saidina Uthman r.a.
Nailah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan. Ketika pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman, orang yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah. Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah. Tiga orang telah terbunuh. Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah, namun masih ada dua orang yang melanggar perintah itu.
Muhammad bin Abu Bakar yang mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yang ikal. Khalifah menegurnya "Nailah, tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung, sesungguhnya SEHELAI rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku." Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah, yang penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.
Kedua-dua lelaki tersebut telah berada dihadapannya. Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya. Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut. Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar, dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.
Muhammad mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikamnya. Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup. Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah, badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah. Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.
Sesudah pembunuhan itu, tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang. Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.
Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang mencetus perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah."Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong.
Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?" Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".
SUBHANALLAH... ALLAHU RABBI... :'(
Tidak pernah aku mendengar cerita tentang dua orang yang berkasih sayang sehingga membuat pengorbanan sebegini rupa. Mungkin inilah indahnya apabila kita mencintai kerana Allah... Lillahi taala....
Aku tidak pernah tahu-menahu tentang kisah ini sehinggalah seorang ustazah berkongsi cerita ini semasa SEMINAR FIQH WANITA 2013 pagi tadi di Wisma Tabung Haji.
Sangat terharu dengan kisah ni sampaikan bila ustazah tu cerita walaupun pertama kali aku dengar sudah rasa macam mau nangis :( Sebab bagiku rasa cinta mereka berdua terlaku tinggi....
"Nailah, tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung, sesungguhnya sehelai rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku."
Hanya kerana untuk menjaga maruah isterinya, Saidina Uthman sanggup mengorbankan nyawanya. Lihatlah betapa hebatnya seorang suami mempertahankan maruah seorang isteri.
Hari ini? Masih wujudkah lelaki-lelaki seperti Saidina Uthman ini?
.......................................
................................................
.........................................
INSYAALLAH masih....
"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".
SUBHANALLAH... Bolehkah kita menjadi sehebat Nailah?
Yang sanggup mempertahankan keselamatan suaminya walaupun dia tahu dia tidak berdaya melawan sekumpulan lelaki yang lebih berkuasa, tetapi masih tetap ingin mempertahankan suaminya?
Yang melindungi keselamatan suami dengan segala kudrat yang ada sehingga jari-jemari yang halus itu terputus?
Dan yang masih memelihara maruah dan memelihara rasa kasih dan cinta yang tidak berkurang sedikitpun walau suaminya telah meninggal dunia?
Andai kita mampu menjadi sehebat itu, alangkah indahnya bila dapat bersatu dengan belahan jiwa di syurga Allah suatu hari nanti.....
Memang benar, kita dapat baca sendiri melalui kisah ini betapa deritanya mereka.
Tetapi mereka menderita untuk melindungi satu dengan yang lain.
Mereka melindungi kerana Allah.
Mereka berkasih kerana Allah.
Mereka bertemu kerana Allah.
Dan akhirnya, mereka berpisah di jalan Allah.
InsyaAllah... mereka bertemu.... juga kerana Allah, di syurga Allah.
Kini, mereka memang telah tiada. tetapi kisah cinta yang hebat ini masih menjadi ingatan ramai. Terpahat dalam memori. Dan akan sentiasa dikenang.
That's what a TRUE LOVE STORY IS... it never ends.. :)
Ok mungkin ada yang akan cakap, "Si asmidar khautsar ni biar btul??? Crita tragis smpai tangan terputus-putus, bunuh-membunuh, ini love story yang hebat tuh?????? lagi tragis ow dari romeo and juliet.... ntah tang mana nampak keindahan cerita cinta tu" <--- ini andaian jk, mgkin teda jgk yg ckp kn :) hehe....
Tapi kenapa aku cakap cerita penuh tragis ini indah?
Allah tidak menarik sesuatu (kebahagiaan/kesenangan) daripada hambaNya melainkan untuk menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.
Aku pasti korang pernah dengar ayat di atas kan. Jadi kesimpulannya, Allah bagi izin kisah mereka berakhir dengan tragis tu bukan sekadar cuma-cuma tau. Mungkin di dunia ni mereka menerima ujian yang hebat sampaikan mungkin kisah ini kedengaran agak terlalu tragis untuk jadi love story. Tapi derita itu di dunia. Dan bila hari kemudian nanti? Tidakkah Allah akan menggantikan penderitaan sementara itu dengan kebahagiaan yang kekal kelak? InsyaAllah...
And what could be the best ending for your love story other than living together happily ever after in Jannah, blessed with Allah's grace? :)
Is there any other better ending?
Ok mungkin ada yang akan cakap, "Si asmidar khautsar ni biar btul??? Crita tragis smpai tangan terputus-putus, bunuh-membunuh, ini love story yang hebat tuh?????? lagi tragis ow dari romeo and juliet.... ntah tang mana nampak keindahan cerita cinta tu" <--- ini andaian jk, mgkin teda jgk yg ckp kn :) hehe....
Tapi kenapa aku cakap cerita penuh tragis ini indah?
Allah tidak menarik sesuatu (kebahagiaan/kesenangan) daripada hambaNya melainkan untuk menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.
Aku pasti korang pernah dengar ayat di atas kan. Jadi kesimpulannya, Allah bagi izin kisah mereka berakhir dengan tragis tu bukan sekadar cuma-cuma tau. Mungkin di dunia ni mereka menerima ujian yang hebat sampaikan mungkin kisah ini kedengaran agak terlalu tragis untuk jadi love story. Tapi derita itu di dunia. Dan bila hari kemudian nanti? Tidakkah Allah akan menggantikan penderitaan sementara itu dengan kebahagiaan yang kekal kelak? InsyaAllah...
And what could be the best ending for your love story other than living together happily ever after in Jannah, blessed with Allah's grace? :)
Is there any other better ending?
Jika dibezakan percintaan mereka ini dengan percintaan muda-mudi sekarang...
Di mana letaknya kita?
Sama-sama kita fikir dan renungkan...
YA ALLAH...
kami bermohon padaMu Ya Rabbi
Penguasa 7 petala langit dan 7 petala bumi...
Andai Engkau mengisi hati kami dengan rasa kasih dan sayang
terhadap hambaMu yang lain
Biarlah rasa kasih itu terbit kepada hamba yang Engkau redhai
Dan biarlah rasa cinta itu terbit
keranaMu Ya Allah
Dan hanya keranaMu
Agar rasa itu menyatukan dua hati
bukan sahaja di bumiMu
tapi juga di syurgaMu kelak
INSYAALLAH...
p/s: info cerita diambil daripada http://nurmuslim91.blogspot.com/2010/07/isteri-khalifah-uthman-affan-nailah.html
2 comments:
tidaklah rumit sangat...CINTA itu sentiasa sama kekuatannya dari dahulu hingga sekarang,mungkin kekuatan IMAN sahaja yang berbeza,tanya sesiapa sahaja yang CINTAkan seseorang,pasti mereka mampu berbuat serupa dengan cerita saudari diatas walau dalam kadar berbeza..pasti jawabannya akan sama,nyawa sekalipun tidak menyamai kekuatan CINTA itu,hanya kalau ianya CINTA,perihal pemuda-pemudi zaman kita,adakah pasti apa yang terjalin diantara mereka tersebut adalah CINTA?? mungkin saja perasaan SUKA itu disamakan dengan CINTA,kerana memang keduanya sama,namun tidak serupa.....perlukan pengalaman dan HATI yang JERNIH untuk membezakannya...
p.s geli hati memikirkan bahawa kamu hanya mengetahui akan kewujudan kisah begini tika umurmu sudah lanjut,sedang ku memikirkan hal sebegini adalah biasa bagimu dulu,memandangkan kamu salah satu cendekiawan bangsa terakhir,menghakimi karya-karya nukilanmu sejak kecil...adios
i think the word 'cendekiawan' is too strong...
Post a Comment