Thursday, 21 March 2013

Cikgu NAJWA LATIF =.=' / Surat Cinta dari...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ALHAMDULILLAH hari ini lebih baik dari semalam. Feeling much better now. Syukur sangat2 Allah permudahkan segalanya. :)


HAISHHH...

Sebenarnya aku sudah tulis berjela-jela pun tadi untuk entry ni tapi menaip masa offline pulak, jadi semua hilang begitu saja. Bagus wani bagus... (geleng2 kepala)

Ok, kebelakangan ni agak, no, sangat sibuk dengan hal-hal PBS (PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH). Sapa cikgu atau bakal-bakal cikgu dia tau la apa benda PBS tu. It's the part where you'll be sent to school to observe the environment of a real school, real classrooms with real students and above all for this semester, TEST YOUR LESSON PLANS WHETHER IT WORKS OR STILL, IT WORKS, BUT IN OTHER 'DIFFERENT' WAY? Perhaps? haha...

Kali ni aku buat PBS dekat SK PEKAN SEMPORNA...


WAIT,

SEMPORNA????!!!!!!

MUNDU???!!!!

ABU SAYAP(S)????!!!

PENCEROBOH???!!

TEMBAK-MENEMBAK???!!!

Ok, let's cut this out! hehe...

Hey, it's not that bad. I can still live in my house with beloved family and rabbits peacefully and unharmed. Aku tak payah pegi sekolah naik kereta kebal and no, we don't bring M-16 to school :P

So, in short, yeah... we're fine here.

Rasa sayang pulak tinggalkan sekolah tu esok :'(

Ini kali pertama aku rasa sayang mau tinggalkan sekolah tempat PBS, sebelum ni, sayang la jugak tapi kureeeng sikit... hehe...

Cikgu-cikgu sini semua baik-baik, siap belanja pegi kantin lagiiii~ korang ada?? hehe... Budak-budak pun ok.

Rasa gembira lagi sebab dapat jumpa bekas cikgu kelas masa sekolah rendah dulu. Jadi sekarang ni, cikgu & bekas murid duduk dalam bilik guru yang sama. ALHAMDULILLAH :)

Kali ni dapat masuk banyak kelas, best dapat ajar budak-budak nursery rhymes. Budak-budak pun apa lagi, syok sakan la jugak sebab ada can mo melalak dalam kelas. haha!

Memandangkan esok adalah hari terakhir aku dan kawan-kawan ber'PBS', tadi masa minum di kantin tiba-tiba ramai pulak yang bagi surat cinta dengan kami orang (ada berlima sebenarnya). Terharunya dengan budak-budak ni. Isk. Isk. Che...


Puteri Islam. Terima kasih, Cikgu Wani

Daripada Nursyafikah Natasya Binti Jaafar. Untuk Cikgu Wani. Terima kasih. I♥Y

Terima kasih Wani(cikgu dia mana? haha) suda kamu ajar. Selamat pergi. Bey~ Bey~ (lagu JB?? HEHE)
Saya sayang Cikgu Wani (awww). Tolong baca dan simpan (telah dibaca dan akan disimpan).  Terharu

Saya sayang Melaysia (Kaitann?) Untuk Cikgu Najwa Latif (hahah...) Terima kasih cikgu.
Selamat ulang tahun panjang umurnya (walaupun lambat lagi hehe..) Wow cantiknya Cikgu Wani(?)
Haa yang tu memang budak yang tulis bukan aku yang tambah k. hehe

Terima kasih Cikgu Wani kerana sudah menyanyi untuk kami daripada Nazhira Binti Aliudin dan murid-murid 4 AMANAH.

Ok ada ANGRY BIRD... HEHE

Dari Nurinsyirah. Nama:CIkgu Wani. Sayang sayang Cikgu Wani (terharu) I ♥ Cikgu Wani

Part Cikgu Najwa tu bukan aku yang suruh dorang panggil aku Cikgu Najwa ha....

Mungkin sebab masa masuk kelas aku main gitar untuk dorang. Lagu 'Twinkle2 Little Star' jak pun~


I'M GONNA MISS EVERYTHING ABOUT THIS PBS. ESPECIALLY YOU GUYS :')

THANKS FOR EVERYTHING...

Even words can't describe how happy I am and how delightful it feels :D

Jadi cikgu memang susah. Memang penat. Memang stres. Kenapa korang rasa penghuni rumah sakit jiwa yang paling ramai ialah guru (fact)? Sebab kerja ni memang stres. Tapi bila tahu semua usaha & penat lelah kita dihargai oleh murid, aku rasa semua penat tu automatik hilang. Stres pun entah ke mana. Now I know how it feels :)

Again. I'm gonna miss all of them. BIG TIME.


p/s: Anak Sinchan & Kiko. Tapi belum ada idea mau bagi nama apa. Looks like its dad.







Wednesday, 20 March 2013

I AM LOST. And that's that.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah aku masih hidup lagi... Syukur Ya Allah...

However,

.................................................

.................................................

.................................................

.................................................

.................................................


These past few days...


I have been feeling quite,

demotivated

dissapointed

depressed

sad

frustrated

and angry

with myself.


MY OWN SELF...


BIG TIME.


At first I thought it's just my feeling and that I thought too much about it........ but..........

as time goes by, I started to realize that I am about to become useless in everything... 

Maybe I already am...

There's nothing that I can do right. Everything went totally wrong. Just wrong. All the way.

I screwed my lesson plan, screwed my SBE, screwed my printer which costs hundreds, screwed my UB uniform which also costs hundreds, screwed dad's printer, screwed my teaching, screwed being a student, screwed being teacher, screwed being a daughter, screwed being a friend. What else?!!!!!!!

YA ALLAH :'(

I got angry with myself. Really frustrated! For not being able to do anything right.

Kenapa semua orang boleh buat dengan betul tapi aku x boleh!

Kenapa benda yang semua orang senang betul mo buat & paham aku pulak x boleh!

Why do I have to be this clumsy!!!!!!!

Doing everything carelessly!!!!!!!!!!!!!!!!!

Doing everything wrong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku fed up!!!!!!!!!!!!!!!!!

Frustrated dengan diri aku yang x boleh buat sesuatu dengan betul walaupun benda tu senang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

I hate the fact that people think  I CAN DO EVERYTHING BUT THE TRUTH IS, I CANT!!!!!!!!!!!!!

I JUST CAN'T!!!!!

Aku benci bila semua orang ingat aku boleh buat itu buat ini tapi sebenarnya TIDAK!!!!

AKU BENCI BILA ORANG INGAT AKU BOLEH BUAT SEMUA BENDA DENGAN SENANG TAPI HAKIKATNYA???!!!!!!!

...
...
...
...
...

Look at me... :'(

Just look

I screwed everything.

EVERYTHING.

Semua orang cakap,

don't worry everything will be fine,

 it will be ok,

everything will go well.

NO...
It's not fine.
It's not ok.
It's not well enough :'( 

Aku harap Allah turunkan kekuatan untuk aku, kesabaran untuk aku faham kenapa semua ni jadi, because I just don't think I can do this anymore. I can't gain my own strength for this. I feel that I am too weak.

I'M LOST.

Sunday, 3 March 2013

A TRUE LOVE STORY...




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN... WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN... WA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN... 

It's true. A TRUE LOVE STORY NEVER ENDS...

Sebut pasal kisah cinta jak, kisah cinta apa yang bermain di minda kamurang? 

Titanic?

Love Is Cinta?

Kuch-kuch Hota Hai?

Mohabbatein?

Ayat-ayat cinta?

Dan macam2 cinta lah kan..... ndak habis kalau sebut semuanya di sini...

Kali ni aku mo ajak korang semua untuk baca kisah cinta yang satu ini...

Aku tidak pernah menemukan cinta sebegini sama ada realiti mahupun dongeng semata-mata. Tapi kisah yang bakal aku kongsikan ini, adalah kisah yang benar-benar terjadi dan bukan sekadar arahan filem, sinetron, telenovela, dan lain-lain, tetapi adalah untaian sebuah ceritera cinta agung di sebalik sebuah lembaran sejarah yang terlupakan...

Mari kita jenguk seketika kisah cinta

SAIDINA UTHMAN B. AFFAN & NAILAH... 

Nailah merupakan isteri kepada Saidina Uthman r.a.


Nailah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan. Ketika pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman, orang yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah. Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah. Tiga orang telah terbunuh. Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah, namun masih ada dua orang yang melanggar perintah itu.


Muhammad bin Abu Bakar yang mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yang ikal. Khalifah menegurnya "Nailah, tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung, sesungguhnya SEHELAI rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku." Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah, yang penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.


Kedua-dua lelaki tersebut telah berada dihadapannya. Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya. Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut. Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar, dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.


Muhammad mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikamnya. Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup. Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah, badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah. Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.


Sesudah pembunuhan itu, tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang. Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.


Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang mencetus perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah."Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. 


Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?" Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

SUBHANALLAH... ALLAHU RABBI... :'(

Tidak pernah aku mendengar cerita tentang dua orang yang berkasih sayang sehingga membuat pengorbanan sebegini rupa. Mungkin inilah indahnya apabila kita mencintai kerana Allah... Lillahi taala....

Aku tidak pernah tahu-menahu tentang kisah ini sehinggalah seorang ustazah berkongsi cerita ini semasa SEMINAR FIQH WANITA 2013 pagi tadi di Wisma Tabung Haji. 

Sangat terharu dengan kisah ni sampaikan bila ustazah tu cerita walaupun pertama kali aku dengar sudah rasa macam mau nangis :( Sebab bagiku rasa cinta mereka berdua terlaku tinggi....

"Nailah, tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung, sesungguhnya sehelai rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku."

Hanya kerana untuk menjaga maruah isterinya, Saidina Uthman sanggup mengorbankan nyawanya. Lihatlah betapa hebatnya seorang suami mempertahankan maruah seorang isteri.

Hari ini? Masih wujudkah lelaki-lelaki seperti Saidina Uthman ini? 

.......................................

................................................

.........................................

INSYAALLAH masih....

"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

SUBHANALLAH... Bolehkah kita menjadi sehebat Nailah?

Yang sanggup mempertahankan keselamatan suaminya walaupun dia tahu dia tidak berdaya melawan sekumpulan lelaki yang lebih berkuasa, tetapi masih tetap ingin mempertahankan suaminya?

Yang melindungi keselamatan suami dengan segala kudrat yang ada sehingga jari-jemari yang halus itu terputus?

Dan yang masih memelihara maruah dan memelihara rasa kasih dan cinta yang tidak berkurang sedikitpun walau suaminya telah meninggal dunia?

Andai kita mampu menjadi sehebat itu, alangkah indahnya bila dapat bersatu dengan belahan jiwa di syurga Allah suatu hari nanti.....

Memang benar, kita dapat baca sendiri melalui kisah ini betapa deritanya mereka.

Tetapi mereka menderita untuk melindungi satu dengan yang lain.
Mereka melindungi kerana Allah.
Mereka berkasih kerana Allah.
Mereka bertemu kerana Allah.
Dan akhirnya, mereka berpisah di jalan Allah.
InsyaAllah... mereka bertemu.... juga kerana Allah, di syurga Allah.

Kini, mereka memang telah tiada. tetapi kisah cinta yang hebat ini masih menjadi ingatan ramai. Terpahat dalam memori. Dan akan sentiasa dikenang.

That's what a TRUE LOVE STORY IS... it never ends.. :)

Ok mungkin ada yang akan cakap, "Si asmidar khautsar ni biar btul??? Crita tragis smpai tangan terputus-putus, bunuh-membunuh, ini love story yang hebat tuh?????? lagi tragis ow dari romeo and juliet.... ntah tang mana nampak keindahan cerita cinta tu" <--- ini andaian jk, mgkin teda jgk yg ckp kn :) hehe.... 

Tapi kenapa aku cakap cerita penuh tragis ini indah?

Allah tidak menarik sesuatu (kebahagiaan/kesenangan) daripada hambaNya melainkan untuk menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Aku pasti korang pernah dengar ayat di atas kan. Jadi kesimpulannya, Allah bagi izin kisah mereka berakhir dengan tragis tu bukan sekadar cuma-cuma tau. Mungkin di dunia ni mereka menerima ujian yang hebat sampaikan mungkin kisah ini kedengaran agak terlalu tragis untuk jadi love story. Tapi derita itu di dunia. Dan bila hari kemudian nanti? Tidakkah Allah akan menggantikan penderitaan sementara itu dengan kebahagiaan yang kekal kelak? InsyaAllah...

And what could be the best ending for your love story other than living together happily ever after in Jannah, blessed with Allah's grace? :)

Is there any other better ending?

Jika dibezakan percintaan mereka ini dengan percintaan muda-mudi sekarang... 

Di mana letaknya kita? 

Sama-sama kita fikir dan renungkan... 



YA ALLAH...
kami bermohon padaMu Ya Rabbi
Penguasa 7 petala langit dan 7 petala bumi...
Andai Engkau mengisi hati kami dengan rasa kasih dan sayang
terhadap hambaMu yang lain
Biarlah rasa kasih itu terbit kepada hamba yang Engkau redhai
Dan biarlah rasa cinta itu terbit
keranaMu Ya Allah
Dan hanya keranaMu
Agar rasa itu menyatukan dua hati
bukan sahaja di bumiMu
tapi juga di syurgaMu kelak
INSYAALLAH...



p/s: info cerita diambil daripada http://nurmuslim91.blogspot.com/2010/07/isteri-khalifah-uthman-affan-nailah.html

Friday, 1 March 2013

Bila Sudah Jadi BEGINI...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN.. WASSALA TU WASSALAMU ALA ANBIYA IWAL MURSALIN... WA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN.. 

Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk bernafas pada hari ini.

Ya Allah...

Betapa aku membimbangkan keluarga yang ada di kampung. Ibu, ayah, fatin, nenek, atuk, pakcik, makcik, didi, ijah dan puding :(

Menurut berita terkini, keadaan di Lahad Datu semakin membimbangkan. Dua orang tentera kita telah terkorban. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Dan ramai lagi yang tercedera.

Aku sendiri tidak tahu sama ada esok hari keadaan semakin bertambah parah atau mudah-mudahan sebaliknya. InsyaAllah kita akan sentiasa berada dalam lindunganNya.

Bila sudah jadi begini, barulah aku mula berfikir. 

Sedangkan dalam keadaan kita sekarang ni ada dua orang yang maut, walaupun tiada orang awam yang terbunuh atau cedera, sudah begitu panik, bagaimana dengan saudara-saudara kita di Palestin sana yang saban hari dibedil dengan bom tanpa mengenal mangsa bayi, kanak-kanak, ataupun orang tua?

Sedangkan begini kita sudah terlalu bimbang dengan keselamatan keluarga masing-masing (Allah sajalah yang tahu perasaan bimbang itu), bagaimana pula perasaan saudara-saudara kita di Syria yang setiap hari menyaksikan pertumpahan darah di bumi mereka? Yang setiap hari pasti ada ibu yang menangis kehilangan anaknya, anak kecil menjadi yatim piatu, orang tua pula terbaring kaku? Mahu keluar rumah untuk cari sesuap nasi pun tiada jaminan sama ada dapat kembali ke rumah untuk membawa makanan kepada isteri dan anak-anak yang kelaparan di rumah atau tidak.

Apa perasaan kita kalau kita di tempat mereka?

Aku tidak tahu sama ada kita cukup kuat untuk menerima ujian sehebat itu.

Apa yang aku ingin katakan di sini ialah, mungkin ini salah satu cara Allah untuk bagi kita peringatan tentang penderitaan saudara-saudara kita di luar sana yang terlupakan. Allah ingatkan kita, sewaktu kita ketawa dan berbahagia, terlalu ramai saudara yang menangis dan kehilangan. Bukan saja di Palestin dan Syria. Banyak lagi saudara yang menderita tetapi kita tidak tahu.

Atau sebenarnya, tidak ambil peduli.

Tidak berminat untuk tahu pun.

Mungkin Allah mahu berikan kita sedikit daripada apa yang mereka rasakan.

Mungkin kita terlalu selesa dengan kedudukan kita, sampai lupa dengan kesakitan saudara-saudara kita.

Kita terlalu asyik bermandikan pelbagai kemudahan dan kemewahan.

Kita ingat yang negara ini tidak akan diancam sampai bila-bila.

Dan kita lupa satu perkara,

"Kun faya kun..."

Jika Allah berkata jadi, maka jadilah ia...

Keadaan darurat ini membuatkan kita berfikir pelbagai perkara yang mungkin boleh terjadi. Kita leka dan lupa yang KEAMANAN itu juga hanyalah PINJAMAN dan bila-bila masa pemiliknya boleh mengambil hakNya daripada kita.

Mungkin insiden yang terjadi ini akan membuat kita lebih prihatin dengan keadaan saudara-saudara yang lain.

Tetapi apa yang penting ialah, kita perlu bersatu hati pada saat-saat begini. Tidak harus wujud jurang yang memisahkan kita. Tidak kira bangsa dan agama. Sama-sama kita berdoa untuk keselamatan negara kita.

Aku yakin Allah tidak akan menurunkan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hambaNya. Semoga Allah melindungi kita semua daripada sebarang ancaman dan bahaya.





Aamiiin...

Wednesday, 27 February 2013

Apabila Silibus KAHWIN masuk dalam kelas EDU (#_#)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN, WASSALATU WASSALA MUALA ASYRAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN, WA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN...

Alhamdulillah dapat publish entry baru~ uiseh... haha

Sebenarnya, aku ingat tadi mau buat kerja kursus yang sangatlah berlambak sekarang ini sampai aku pening mau mula dari mana, tapi bila TERonline, melekat pulak di Blogger. 

Talking about my previous years in this campus as a student, as a girl, as a human, as a servant to her Rabb, too many things have changed. Bila selak-selak (macam kertas la pulak) entry2 lama di blog2 lama yang entah ada berapa tu (haha...), terus rasa macam, Ya Allah~ apa ka buruk sangat cara aku post entry dulu... (dulu? macamlah sekarang tidak kan? hoho..)

Entry2 tu sekaligus mengingatkan aku tentang semua perkara yang pernah terjadi. Sedar tidak sedar, 3 tahun aku menuntut di IPG Gaya ni. Dan cuma tinggal dua tahun setengah lagi, sebelum aku meninggalkan tempat yang penuh dengan memori ni. Cakap pasal masa lalu, terlalu banyak benda yang aku rasa aku tidak patut buat tapi TERbuat. Terlalu banyak benda yang aku pernah alami sampaikan aku rasa susah mau bernafas... konon... but seriously, yeah... life was quite tough back then. And still is. 

Tapi satu perkara yang aku belajar dari masa lalu ialah untuk menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. Kalau aku tidak dapat menjadi seorang yang cukup kuat untuk menerima apa dugaan sekalipun, sekurang-kurangnya aku tidak menjadi orang yang terlalu rapuh untuk dijatuhkan dengan begitu mudahnya. InsyaAllah...

Betul la apa orang cakap. PENGALAMAN ITU MENDEWASAKAN. Tapi sampai sekarang ni pun, aku rasa banyak benda lagi yang aku belum belajar tentang hidup. Well then, I guess I'll just have to take one step at a time :)

Berfikir tentang betapa berbezanya masa silamku dengan sekarang, aku berfikir, apa yang akan terjadi selepas ini dalam hidupku?

What is it that will about to turn out in the next chapter?

Masa kelas Edu (Education subject) tadi, entah kenapa tiba-tiba topik pasal kahwin muncul. Haha. Kami sibuk berbincang. Kalau dulu orang cakap (bukan aku yang cakap), ramai yang berlumba mau kawin bila sampai jak semester yang terakhir. Dekat-dekat mau grad suda ni. Haha. Wallahualam la betul ka tidak, tapi ramai jugak yang kahwin masa tu supaya dapat tempat posting (sekolah tempat bertugas selepas grad, kami ni cigu bahh!) yang dekat. Yalah, dulu kan boleh mohon penempatan untuk ikut dengan suami.

Sekarang TAK BOLEH lagi! 

Pensyarah kami cakap, ramai yang kahwin supaya dapat posting yang dekat-dekat. Bukan semua tapi kebanyakannya. Hal ni sekaligus menyebabkan tindakan terburu-buru boleh dilakukan. Memandangkan keadaan begitu mendesak (sebab mau posting dekat). Sampaikan pensyarah tu cakap, kebanyakan mereka yang pernah berkahwin dulu kini sudah tidak bersama lagi. Bukan sebab apa, tapi sebab sebelumnya membuat keputusan yang terlalu tergesa-gesa. Tapi bukan semua ok!

Jadi dia pun bagi la nasihat, biarlah kita kahwin dengan seseorang tu bukan sebab faktor-faktor yang tidak kekal. 

Mungkin hari ni kita suka si polan sebab dia lawa, hensem/cantik...
Bila sudah tua nanti? Masih cantik/hensem lagi? NOO.......

Mungkin kita suka dia sebab dia banyak duit! $_$ 
Adakah duit tu tidak akan habis sampai bila-bila? NOOOO....
Kita kena ingat, dunia ni ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang pula di bawah. Jadi bila kita berada di bawah, adakah kita masih mahu bersama dengan orang yang kita suka tu kalau kita suka cuma dia sebab dia ada duit?

Ataupun, mungkin kita suka dia sebab dia boleh bagi kita semua yang kita mahukan...
Esok-esok kalau dia tidak dapat beri apa yang kita mahu? Adakah kita masih mahu bersama dia? Saya rasa... NOOOOOOOO.....




Lepas tu pensyarah kami bagi tips lagi (che, dia memang pemurah ^_^), kalau kita sukakan seseorang tu, 

Bukan rupa...
Bukan duit...
Bukan kemewahan yang dia boleh bagi...
Tapi lihatlah

HATINYA :)


Itulah perkara yang paling penting. Jangan tengok yang pakai dua biji mata jak, tapi tengoklah jugak dengan mata hati. Uisehhhh gitu.... Tetiba kan kelas edu begini, haha... lawak. Tapi lawak2 pun, mesej yang disampaikan tu berguna tau ^_^

Tapi Encik tu cakap, umur-umur kita ni, jarang ada yang tengok pakai mata hati. Sebab kita terlalu fokus kepada apa yang kita mampu lihat dengan mata kita. Dengan apa yang orang lain boleh lihat. Percaya atau tidak, itu adalah realiti. Mungkin tidak semua tapi... berapa ramai yang betul-betul tengok dengan hati? ;)
Sama-sama kita fikirkan ok.





Monday, 25 February 2013

Aku CEMBURU / Kalaulah Aku langsung TIDAK DISEBUT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Dengan nama ALLAH SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Pemilik segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dengan nama Allah, aku menulis.. (ok secara teknikalnya, menaip~kui3x...)

Kali ini dalam entry Islam, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak pasal isi usrah yang diikuti baru-baru ini.


Sabda Rasulullah, "Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi sesuatu yang asing. Maka beruntunglah orang-orang yang terasing (Al-Ghuraba) itu," Ditanyakan kepada baginda, siapakah Al-Ghuraba itu?" Rasulullah menjawab, "Orang-orang yang melakukan kebaikan di saat manusia telah rosak (akhlaknya)" - Hadis Riwayat Muslim


Di akhir zaman nanti, akan ada satu kelompok dalam kalangan manusia yang akan menyeru kepada kebaikan. Dan kelompok ini adalah kelompok yang melawan arus. Arus yang dimaksudkan di sini ialah arus duniawi. Mereka akan cuba mempertahankan agama dan berusaha untuk mengajak ke arah kebaikan. Tapi perjuangan ini bukanlah satu perjuangan yang mudah. Cuma orang-orang yang benar-benar cekal dan mahu untuk berjuang akan kekal dalam kelompok ini. Apa yang mereka lakukan akan berbeza daripada apa yang dilakukan oleh orang-orang yang biasa. Kelompok ini akan menjadi satu kelompok yang sangat terasing. 

Tapi, seperti apa yang dapat kita lihat dalam hadis di atas, beruntunglah orang-orang yang terasing itu. Mungkin mereka terasing dari segi pemakaian, di mana dapat kita lihat rata-rata masyarakat Islam pada hari ini (mungkin termasuk saya sendiri) tidak menutup aurat dengan sempurna, tapi kelompok yang disebutkan berusaha untuk memeliharanya dengan sempurna. Di saat kita semua masih leka dengan duniawi, mereka ini sudah menyiapkan bekalan untuk hari kemudian nanti. Di saat kita merisaukan persepsi manusia terhadap kita, mereka lebih memikirkan redha dan murka Allah atas perlakuan mereka. MasyaAllah... 

Indahnya. akhlak itu. Aku berharap agar aku dapat menjadi seperti mereka.Aku cemburu dengan mereka. Aku mahu menjadi seperti mereka. Tapi.. mampukah aku?

Bila difikirkan, kadang-kadang aku rasa sedih. Sedih sebab aku tidak mampu untuk menjadi sekuat orang-orang sekelilingku yang menerima hidayah Allah. Sedih sebab tidak mampu untuk menjadi secekal mereka. Tidak mampu untuk menjadi berani seperti beraninya mereka dalam mengangkat martabat agama Allah. Tidak mampu untuk melakukan banyak perubahan seperti banyaknya perubahan yang mereka lakukan. 

Aku malu. 

Malu bila memikirkan betapa sedikitnya usaha yang aku lakukan di jalan Allah. 

Tapi, satu hal yang tidak akan aku lupakan. Hidayah itu, tidak datang, kalau tidak dicari. Oleh itu, fikirku, walau seringan mana pun usaha yang aku lakukan, aku berharap agar usaha itu dapat memandu aku ke arah hidayah itu. Moga Allah akan terus menyalakan niatku dan niat kita semua untuk mencari cahaya itu.

Aku tahu aku bukan ustazah.

Aku tidak mengambil kursus pengajaran di IPG untuk menjadi guru agama.

Bapaku bukan seorang ustaz.

Aku bukan dibesarkan dalam keluarga yang sangat dalam pengetahuan agamanya.

Aku tidak mempunyai latar berlakang sekolah agama.

Aku bukan qariah yang boleh mengalunkan irama merdu apabila memperdengarkan bacaan Al-Quran.

Aku bukanlah orang yang serba-serbi tahu pasal hukum agama.

Dan dengan menulis post sebegini, tidak sekali-kali aku berfikir bahawa aku lebih tahu.

Aku cumalah seorang hamba Allah, yang menulis, untuk berkongsi apa yang diberitahukan kepadaku. Untuk berkongsi ilmu yang dipelajari. Dengan harapan bahawa perkongsian ini akan selalu membuat aku untuk muhasabah diri dan menilai diriku sendiri, bahawa sebagai seorang manusia, aku tidak akan lepas dari melakukan kesalahan. Dan semoga dengan teguran rakan-rakan semua, dapat menjadikan aku lebih baik daripada sebelumnya. Aku tahu aku tidak sempurna. Kalau ada yang tidak kena pada diriku. maka tegur dan perbetulkanlah. Jangan biarkan aku terus melakukan apa yang tidak sepatutnya aku lakukan. Mungkin aku tidak selalu sedar bahawa apa yang aku lakukan itu salah. Aku juga manusia biasa. Dan fitrahnya itu akan mudah terleka dan terlupa. 




Dikisahkan dalam Al-Quran, sebelum zaman Rasulullah SAW, di mana Allah SWT telah menurunkan perintah kepada Bani Israil untuk mengkhususkan hari Sabtu sebagai hari untuk beribadah dan sama sekali dilarang untuk bekerja pada hari tersebut. Salah satu daripada pekerjaan Bani Israil pada masa itu ialah menangkap ikan dan sudah tentu dalam konteks ini, tangkapan ikan adalah tidak dibenarkan pda hari Sabtu. Dikisahkan pula terdapat satu kelompok dalam Bani Israil ini yang telah memikirkan cara untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan pada hari Sabtu tanpa bekerja pada hari itu sedangkan Allah SWT melarang untuk berbuat demikian. Mereka telah memikirkan cara untuk meletakkan pukat pada hari Jumaat dan membiarkannya sehingga hari Ahad. Ini bermakna walaupun mereka tidak bekerja pada hari Sabtu, tapi mereka masih memperoleh hasil untuk hari tersebut. 

Lihatlah melalui perbuatan ini, mereka cuba untuk tawar-menawar dengan hukum Allah. Sedangkan Allah sudah meletakkan hukum sejelas-jelasnya. Terdapat  3 golongan yang disebutkan dalam kisah ini:

  1. Golongan yang melakukan perbuatan tersebut
  2. Golongan yang menegur golongan pertama. "Kenapa kau buat begitu? Bukankah hukum Allah itu sudah jelas mengatakan tidak boleh.
  3. Golongan yang tidak kisah dengan golongan pertama dan berkata dengan golongan kedua, "Kenapa kamu tegur mereka, suka hati diorang la. Kubur pun lain-lain kan. <----- ini ayat contoh untuk menunjukkan situasi.

Dan hasil daripada cerita tadi, diterangkan dalam Al-Quran bahawa kaum yang pertama telah dihukum oleh Allah menjadi sekumpulan kera. Golongan yang kedua pula mendapat balasan syurga kelak. Golongan ketiga pula, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada mereka.

Tidak disebutkan walau satu patah perkataan pun terhadap apa yang terjadi kepada golongan ketiga tadi dalam Al-Quran. Tidak disebut LANGSUNG. 

Cuba kita bayangkan, kalau ibu kita tanya semua khabar adik-adik kita tapi langsung tidak tanya pasal kita.

Cuba kita bayangkan, kalau ayah kita bercerita dengan orang tentang semua anak-anak dia yang lain, tapi tidak sebut langsung pasal kita.

Rasa-rasanya, apa perasaan kita? Apa kita rasa tentang ibu bapa kita?

Mereka tidak sayang kita kan?

Mereka lebih pentingkan anak-anak yang lain kan?

Mereka tidak peduli pasal kita kan?

Bayangkanlah kalau Allah yang tidak peduli dengan kita....

NAUZUBILLAH...

Semoga kisah ini dapat kita jadikan pengajaran dan teladan untuk sama-sama kita perbaiki diri dan saling ingat-mengingati. Semoga kita terhindar daripada menjadi golongan yang pertama dan ketiga sebentar tadi. InsyaAllah...


Saturday, 16 February 2013

ATTACK OF THE FOOD ENTRIES!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Disebabkan kebuntuan, kegelisahan, keresahan, dan macam2 'ke....an', penyakit untuk post semua pasal makanan datang. Terimbas kenangan lalu waktu poket masih berisi... Dulu la... Haish... Memori lama :(

Bukan semua pun aku makan pakai duit sendiri... haha... Rezeki murah dapat jumpa kawan-kawan & family yang suka membelanja ^___________^

 LET THIS BE A LATE NIGHT SUPPER FOR THE EYES... mata jak... sadly... Elaun-elaun...

LET THE ATTACK BEGIN!


chocolate flowers: a gift from lovely aunt!

Animated Oreo chocolate

Ladybird tiny cupcakes

Fish and chips @ Dome

Ice blended with Cadbury Crunchies

Chocolate banana cake / iced lemon tea @ Secret Recipe

Fried rice with chicken satay @ Secret Recipe

Piri piri chicken set/pepsi float with green tea ice-cream @ Sushi King

Hot latte @ Pancake house

Beef Tapa @ Pancake House

Hot Marble Pancakes @ Pancake House

Bento Set/Tori Kariage (I think...) @ Sushi King

Claypot Blackpepper Chicken with rice @ Grace Point

Butter Chicken with Rice @ Karamunsing

Seafood Watan Ho @ Olde Station

A......B.......C..... @ Taman Rimba

Chocolate Brownies with Ice Cream @ Secret Recipe

Tom Yam Kung @ Secret Recipe

Meals @ The Chicken Rice Shop

Double Zinger set @ KFC

Cola Float @ Olde Station

Nasi Lemak with Chicken Rendang @Olde Station

Milo Dinasour @ Warisan Ibu

Chicken Chop with Blackpepper sauce @ Warisan Ibu

Angkatan Kek Hari Jadiku!

Home-made Chicken Pandan

Stor makanan PSS Sekolah.. haha

Teh C Special @ Nasi Lemak Kopi O

Nasi Goreng Kampung @ Nasi Lemak Kopi O

Udang!!!!!!!!!

Grandma's Chicken Curry~

Party @ Aunt's Place

Durian Cream Puff @ Taste Better
Choc Cheese Cake/Iced Chocolate with whipped cream @ SR

THE END!!!

Go to sleep, people :)