Monday, 11 February 2013

Tahu VS Faham




Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillahirobbil alamin.. Wassala tu wassala mu'ala asyrafil anbiya iwal mursalin..  Wa 'ala alihi wasohbihi ajmain...

LISTEN! LISTEN! LISTEN! Haha... Saja... Memandangkan 'quote' ini agak popular sekarang. Okeh, mulakan topik.

Kadang-kadang aku berfikir, apa yang aku perlu buat untuk pastikan semua orang percaya dengan apa yang aku cakap, apa yang aku lakukan, apa yang aku percaya, dan apa yang aku pertahankan. Ya, betul. Semua orang mempunyai persepsi yang pelbagai warna. Sememangnya kita tidak punya hak untuk menyekat persepsi itu. Kenapa? SEBAB SEMUA ORANG BEBAS UNTUK BERSUARA. Cuma yang membezakan ialah sama ada suara itu boleh diterima akal atau pun tidak, boleh dijadikan manfaat atau sebaliknya.

Bertitik tolak daripada suara-suara yang tidak terbendung, sesekali disertai dengan niat yang disalah erti. Kadang-kadang niat atau perlakuan yang disalah erti itu sangatlah menyebalkan. Memang. Memandangkan aku seorang yang cepat terasa alias sensitif, banyak perasaan yang bercampur baur apabila situasi ini berlaku. Pada siapa? Tentunya aku. Rasa mahu marah juga ada. Rasa kesal juga ada. Sedih. Semuanya bercampur-baur. Tidak faham kenapa aku perlu disalah erti dalam hal itu. Mungkin cuma sekadar gurauan tapi sedikit sebanyak mungkin boleh membawa kesan yang mengaibkan. Terus terang, aku kurang senang dihakimi sebegitu rupa sedangkan terlalu banyak sisi diriku yang mereka tidak tahu. Apalagi bila berita yang diuar-uarkan sama sekali tidak benar. Jauh panggang dari api. Aku jadi buntu. Memikirkan cara apa yang harus aku lakukan bahawa apa yang aku lakukan ini adalah sepenuhnya atas kesedaran dan kehendak aku sendiri.

Tengah sedih-sedih dan dilema, tiba-tiba teringat apa yang berlaku masa zaman Rasulullah SAW dulu. Hanya kerana ingin menegakkan Islam, menyebarkan agama Allah, Rasulullah dicaci, dimaki, dihina, dan macam-macam lagi. Menggambarkan betapa seksanya Rasulullah itu membuat aku muhasabah diri. Sedangkan Rasulullah kekasih Allah boleh bersabar dan terus teguh dengan agama Allah walaupun diseksa sedemikian rupa, ini kan pula aku, yang sekadar 'direnjis' dengan cerita-cerita yang tidak wujud asal usul kebenarannya. Berfikir. Kalau inilah yang harus aku hadapi untuk memperbaiki diriku, untuk mengubah diriku daripada tidak tahu menjadi tahu, menjadi lebih baik untuk hari ini daripada hari kelmarin, InsyaAllah aku terima semua ini. Moga Allah menguatkan hatiku untuk terus bersabar. Seperti yang ku katakan, orang bebas untuk bersuara, dan biarlah mereka menyuarakan rasa itu. Yang penting, Allah tahu kebenarannya dan ibu ayah sentiasa mendokong tanpa jemu. :)

***

OKEH! Tadi tu ayat saringan semata-mata jak. Benda yang sebenarnya mahu dikongsikan ialah ini.

Aku ingin berkongsi sedikit tentang isi usrah yang baru dihadiri tadi. 

'KITA TAHU ISLAM, TAPI TIDAK FAHAM ISLAM'

Inilah kata-kata yang dikongsikan oleh akak naqibah tadi. Jelas menunjukkan apa yang kita hadapi sekarang. Dalam dunia hari ini. Terlalu ramai dalam kalangan kita umat Islam, termasuk aku sendiri yang mengalami masalah ini. Apa yang dimaksudkan dengan tahu tapi tidak faham? Kenapa apabila kita sudah tahu tetapi kita masih tidak faham? Dan apa dia benda yang kita tahu tapi tidak faham itu? Mudahnya, disimpulkan begini semasa usrah tadi.

Kenapa pelajar universiti lulusan Al-Azhar (yang perempuan, tidak semua) yang belajar tentang pelbagai ilmu agama, fiqah dan sebagainya (yakni ustazah-ustazah) yang pulang ke tanah air tapi tidak bertudung? Sedangkan mereka didedahkan dengan pengetahuan agama yang boleh dikira lebih mendalam daripada orang yang biasa-biasa saja.

Kenapa pelajar lulusan universiti di United Kingdom, walaupun mempelajari jurusan yang langsung tidak berkaitan dengan ilmu agama seperti kejuruteraan, perubatan dan sebagainya, pulang dengan imej bertudung labuh? 

Berdasarkan contoh ni, boleh nampak kan serba sedikit gambaran ungkapan tu? :)

Kesimpulannya, tahu itu tidak cukup. Kita juga perlu faham akan sesuatu. Sekadar tahu mempelajari ilmu agama yang pelbagai cabang tidak cukup, tetapi perlu juga difahami apa yang dipelajari itu. Kenapa? Sebab bila kita cakap kita tahu, yang menerima sesuatu perkara itu ialah otak kita. Tapi bila kita faham akan sesuatu, InsyaAllah apa yang kita pelajari itu kita tanamkan dalam hati. Kerana yang mengetahui itu ialah OTAK, dan yang memahami itu ialah HATI. :)

Bercakap tentang tahu, aku pernah terfikir, adakah untuk masuk syurga, kita perlu dapatkan pengetahuan agama yang sangat luas seperti ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu. Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Ghazali, dan sebagainya. Kalau macam tu, tidak dapatlah masuk syurga kalau pengetahuan sipi-sipi atau sedikit sahaja. :'(

Ada jawapannya. 

Ingat tidak tentang seorang hamba Allah bernama Sumaiyah yang syahid bersama keluarganya satu ketika dulu? Orang yang pertama syahid dalam Islam. Itulah dia Sumaiyah. Seorang perempuan yang cukup berani. Beliau bukanlah seorang ahli fiqah. Bukan juga seorang ilmuwan yang luas pengetahuannya tentang Islam. Tapi tahukah kita bahawa Allah menjanjikan syurga untuknya? Kenapa? 

KERANA...



'LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH.'

Kerana kalimah itu. Kerana dua kalimah ini saja Sumaiyah dijanjikan syurga. Kenapa? Kerana beliau berpegang pada kalimah itu. Beliau beramal dengan kalimah itu. Beliau sanggup mati untuk mempertahankan kalimah itu.

Jadi boleh disimpulkan, apa yang penting ialah, bukan berapa banyak ilmu pengetahuan yang kita ada tentang Islam, tetapi sejauh mana kita berpegang terhadap apa yang kita pelajari dan berusaha untuk mempertahankannya. Jadi yang masih kurang ilmu macam saya janganlah berduka cita ok :) Tapi itu bukan bermaksud tidak perlu untuk kita meluaskan ilmu pengetahuan tentang Islam. Di mana ada peluang, ambillah peluang itu untuk meluaskan pengetahuan agar kita tahu lebih banyak tentang Allah dan Rasul yang mana boleh menjadikan diri kita lebih dekat padaNya. Tapi jangan sekadar tahu sahaja, perlu juga difahami, diamalkan, dan dipertahankan. INSYAALLAH.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat kita semua. ASSALAMUALAIKUM.

Syukur Dengan Apa Yang Ada



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG... 

Alhamdulillah.. Syukur ke hadratMu Ya Allah kerana masih membenarkan aku untuk bernafas di bumiMu ini... Syukur2...

Apa khabar semuanya? Semoga sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT. Aamiiin... Maaflah terlalu lama membiarkan laman sesawang ini bersawang-sawang sendirian~ (Amaran: Jangan tiru gaya bahasa ini). Kebingungan cari idea untuk perkongsian. (Walaupun sebenarnya banyak benda yang boleh dikongsi, tak tahu mahu pilih yang mana satu).

Syukur Ya Allah Syukur... Kita dikurniakan kehidupan yang sempurna dan serba cukup untuk hidup di muka bumi ini.....


****

S.Y.U.K.U.R.

Sesuatu yang AK ingin kongsikan dalam entry kali ini. Sebut sahaja perkataan syukur itu, cuba kita berfikir sejenak, sekerap mana kita bersyukur dengan apa yang Allah bagi selama ini dalam hidup kita? 

Adakah kita mensyukurinya setiap saat?
Setiap hari?
Setiap minggu?
Setiap bulan?
Setiap tahun?
Kadang-kadang?
Jarang?

TIDAK PERNAH?

Allahurabbi... AK berfikir AK dalam kategori yang mana satu. Bila difikirkan semula, rasa sebak bila teringatkan yang AK lebih banyak merungut daripada bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Selalu tidak puas hati dengan apa yang ada. Selalu mahukan lebih dari sekadar cukup.

Bukankah perbuatan itu juga sama seperti tidak bersyukur dengan pemberian Allah...


S U R A T A L - N A H L 

16:14. Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

16:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

16:114. Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.

16:121. (lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus.

16:18. “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sungguh...

Kita tidak akan pernah dapat menghitung nikmat yang Allah SWT limpahkan untuk kita. Kerana nikmat itu terlalu besar. Terlalu banyak. Dan bila kita tidak mensyukuri nikmat itu, di mana hendak kita letakkan diri kita sebagai hamba yang mengerjakan suruhanNya?

Hakikatnya, kita lupa. Mungkin bukan kita, saya. Apa yang kita miliki hari ini, belum tentu dapat kita miliki hari esok. Kesenangan yang kita ada, belum tentu berkekalan selama mana yang kita mahu. Kerana semua itu dalam lingkungan kuasa Allah. Kita hanya meminjam hak itu.


M.E.M.I.N.J.A.M.

Dan bila Allah berkata JADI, maka JADIlah ia.

Tapi hingga ke hari ini, masih ada yang lupa. Termasuk AK sendiri. 

Nikmat mana satu yang kita mahu dustakan?

Satu lagi, sudah jadi kebiasaan untuk kita. Bersyukur apabila Allah bagi kesenangan, kegembiraan, dan kebahagiaan. Tapi pernah tak kita bersyukur sebab Allah bagi kesedihan dengan kita? Pernahkah kita bersyukur sebab Allah bagi kesusahan pada kita?

****

Dah habis fikir kan? :)

Sedarkah kita apabila Allah timpakan kita dengan kesusahan, itu sebab Allah mahu dengar rintihan kita? Sedarkah kita apabila Allah uji kita dengan kesedihan sebab Allah sayang kita dan tidak mahu kita leka dengan nikmat yang bersifat sementara? Tanyakan soalan ini, mana satu yang lebih besar? Kesenangan hidup atau kasih sayang Allah? Mana satu yang bersifat kekal? Mana satu yang tidak akan pernah putus disalurkan kepada kita? ;)

Jadi, kenapa cuma perlu bersyukur bila diberi kesenangan sahaja? Syukurilah juga andai Allah uji kita dengan macam-macam dugaan. Dalam masa yang sama, banyakkan doa agar Allah sentiasa beri kita kekuatan. Sahabat, Allah akan sentiasa beri apa yang kita perlukan walaupun kita tidak minta. Tapi sebab apa kita perlu meminta? Sebab itu adalah tanda seorang HAMBA... :) Mesti pernah dengar ayat ni kan?

JADI (^_^), bersamaan dengan tahun 2013 ini, sama-sama kita tukar 'mindset'! Sentiasa bersyukur tidak kira dalam kesenangan ataupun sebaliknya. Sebab dengan bersyukur kepada Allah akan dapat membawa kita untuk lebih dekat kepadaNya :) INSYAALLAH sama-sama kita amalkan...






Soalan Cepumas Dari Papa




Bismillahirrahmanirrahim... 

Alhamdulillah... setelah menghabiskan dua semester dalam masa setahun, AK dapat bercuti dengan tenang, aman, dan damai... Fuhh! Lama jugak blog ni ditinggalkan sepi sendiri tanpa khabar. Che... Banyak benda yang mau dikongsikan sebenarnya tapi entah mau mula dari mana... hehe... Sebelum tu, mari sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dariNya kita masih diberikan nyawa untuk hidup, udara untuk bernafas, telinga untuk mendengar, mata untuk melihat, mulut untuk berbicara, dan akal untuk berfikir (supaya AK dapat keluarkan entry baru... kui3).

Di kesempatan ini marilah kita sama-sama menadah tangan dan berdoa kepada Allah SWT agar melimpahkan kesejahteraan dan kemenangan kepada saudara-saudara kita di Gaza. Semoga penderitaan mereka berakhir dan semoga Allah menghancurkan musuh Islam yang membedil mereka tanpa belas kasihan... Aamiiin...
Berbalik kepada entry, baru-baru ni AK dan keluarga bersarapan bersama seperti biasa (rutin semasa cuti). Masa tu tiba-tiba terkeluar pulak dari mulut AK, "Agak-agak kalau dapat melancong pi Korea mesti best gila kan." (kedapatan kaki tengok Korea.. haha). Sambil membayangkan keseronokan di sana (kot2 la dapat jumpa Lee Seung Gi ka, sapa ka... kan) AK menyambung lagi, "Korea cantik. Boleh pi Seoul, Jeju Island, Busan, macam-macam ada! Mesti puas tengok tempat cantik kan, mak?" "Entahlah." jawapan pendek dari mama. Thinking about Korea itself made my heart flutter ^_________^ "Bestnya kalau dapat pi sana~"

Selang beberapa saat papa tersenyum kecil dan akhirnya keluar jugak respon setelah diam sejak tadi. "Kamu tidak rasa ka pergi ke Mekah itu lebih best dan menguntungkan?"

OPS! SENTAP

Pertanyaan papa bertambah lagi, "Pernah terfikir ka kenapa Allah ciptakan Mekah dalam keadaan sederhana? Tidak terlalu cantik." Mama memotong, "Cantiknya Mekah tu." Papa menyambung lagi, memang cantik. Tapi kalau ditengok cantik itu cuma yang di dalam lingkungan Kaabah. Cuba lihat sekelilingnya. Apa yang ada? Kawasan lain berdekatannya? Apa yang ada? Pokok-pokok. Padang pasir yang tandus. Tidak banyak. Cuba perhatikan negara-negara Islam dengan negara lain. Banyak kecantikan tempat di negara-negara lain yang tidak ada di negara Islam. Kalau ada pun kecantikan, Allah bagi sedikit jak. Secukup rasa. Pernah terfikir kenapa begitu?"

Setelah tidak dapat menjawab soalan itu, papa pun memberikannya jawapannya. "Sebab Allah tidak mahu kita leka dengan kecantikan dunia semata-mata."

Seketika AK memproses apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Papa.

Papa cakap, dunia ni sebenarnya terlalu kecil kalau dibandingkan dengan akhirat. Keindahan apa yang ada di dunia tapi tiada di syurga? Tiada. Syurga itu adalah seluas-luas tempat dan dunia hanya satu ruang kecil jika dibandingkan dengan syurga. Malahan cantiknya syurga tu tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana kecantikan yang ada di dunia ni walau tempat yang tercantik, terindah sekalipun. Jadi rugilah kita sekiranya kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang leka dan hanya menghayati keindahan yang ada di dunia semata-mata sedangkan ia tidak kekal. Betapa sia-sianya hidup dan umur yang kita habiskan sekiranya hanya memikirkan indah dunia semata-mata. Kita kena ingat, keindahan yang kekal itu hanyalah milik Allah, Yang Berkuasa atas segala yang ada di langit dan di bumi. Jadi bukankah lebih bagus kalau kita berusaha supaya dapat tengok keindahan yang lebih menakjubkan di akhirat nanti daripada hanya leka memikirkan keindahan-keindahan di dunia ni?

AK muhasabah diri seketika. Ya Allah, aku sudah terleka. :'(
Mujur diberikan petunjuk melalui papa supaya tidak terus leka. ALHAMDULILLAH. Segala puji bagiMu Ya Allah.

bukan keadaan sebenar, gambaran semata-mata

Rasulullah SAW bersabda, “Tempat cemeti di dalam surga lebih baik dari dunia dan seisinya”. Kenikmatan surga juga Allah Ta’ala gambarkan dengan menyebut manusia yang berhasil memasuki surga dan selamat dari adzab neraka, sebagai orang yang beroleh kemenangan yang besar. Sebagaimana Allah Ta’ala firmankan (yang artinya), “Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya kedalam surga yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar” (QS. An-Nisaa’ : 13)

MasyaAllah, bayangkanlah. Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua. INSYAALAH... Wassalamualaikum


ehem... dah singgah tolong la LIKE sekali.. hoho... syukran

Do MEN CRy?






Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t.
Okay, first thing first, it's been a while since I'd wrote an entry on this blog. Had a hard time finding some space for it :) but hey, at least I'M BACK! (yea.. i know no one cares...) 
Just now I was trying to find latest songs from my favourite artist, DAVICHI. Yup, korean artists but hold it there! hold that perception right there~
'korean? seriously...'
'muzik korea2 ni pun dia dengar...'
'no way... not even a little bit... nope! not korean please!'
Come on, you guys (yea, i know not all of you think like what is stated above... hehe). Listening to korean music is not, i repeat, is NOT a CRIME. Dalam Islam pun kita diharuskan untuk berhibur sekali-sekala kan ;) tapi ehem.. kalau yang over the top sangat tu, ehem.. think by yourself ^^ Right! Back to the point, as I was scrolling down the screen, finally I found what I've been lookin for - ONE OF DAVICHI'S LATEST SONGS! I read the translation of the song (sia-sia la kan dengar lagu tak paham2 pun apa benda yang kita dengar tu)
'Tapi masalahnya, dengar lagu korea tu pun dah kira perkara lagha (sia-sia) la...' 
Erm.. not really sure about what other people would think but in my opinion, selagi perkara tu tidak melalaikan yakni yo yo o sangat la kan dengar lagu korea sampai 5 waktu pun TER'miss', TERlupa, ehehem... tu yang agak bahaya sikit :) tapi kalau hiburan sekali sekala ni, tidak salah bagi AK. 
Listening to this song made me think, kita sedia maklum yang Allah SWT ciptakan Adam dan Hawa yakni lelaki dan perempuan dalam keadaan yang cukup berbeza. Dapat dibuktikan dari segi saintifik. Struktur tulang, bentuk fizikal, daya kekuatan dan vagera3x~ But how about the ones which can't be proven scientifically and solidly, like........ FEELINGS... perhaps? The way a man loves and a woman loves, the way they deal with heartbreaks. The pain that they felt because of it. Are they the same? Or still, different? (dah mula dah trep2 dr.cinta). It's not like that people. I mean, my question involves fitrah (human nature) right? So there's nothing wrong with asking for something that I'd like to know ;) 

Women do cry if they got hurt.... DO MEN CRY?


This is how women are: even if we break up,
We can’t easily love another person
Even if we are physically apart and can’t see the man,
Our hearts can’t let him go
Women are weak although we pretend to be strong
We can’t easily forget the memories and live on
Because we’re fools that can’t even erase his phone number yet
Because we want to hear his voice so badly
Because we want to see his face
We cry every day till our eyes get puffy
Do men cry too?
Do they hurt because of break ups too?
Do they cry inside because they crazily miss that other person?
It feels like I’m only in pain and I’m the only sad one
I want to ask, are you okay?
Because I ponder through all the memories
Because my lingering attachment overflows
My love still remains and I cry by myself
Do men cry too?
Do they hurt because of break ups too?
Do they cry inside because they crazily miss that other person?
It feels like I’m only in pain and I’m the only sad one
I want to ask, are you okay?
I thought I knew the best
About you, about your heart
But I know the least

There you go, the lyrics of the song. Thinking again, how incredible Allah is to design such mysteriously beautiful creation - HUMAN HEART. You'll never know what a person hides in his/her heart. You can guess, but you can never tell exactly what it is :) One thing about women, they are too good at hiding  what hurts them (ok, maybe not all of us~) but by the time she can't stand it anymore, it'll burst into tears (usually). Sebab hati wanita ni kan diciptakan lembut, rapuh, mudah tersentuh (i admit). Tapi yang sedih2 tu, jangan lupa, ALLAH NEVER LEAVES :) maybe today He let us cry for the smile of unimaginable happiness which he will later bring to us, ONE DAY :) For sure. InsyaAllah.
YA ALLAH, if You let me share a small portion of my heart (which is Yours :)) with someone else, then let it be someone who is halal (with valid relationship - as in husband) for me. Aamiiin... 

p/s: all that AK can say is, some of the lyrics - true. To a certain extent... SO, DO MEN CRY? anybody?

WASSALAM...

My Heart Melts... ALLAHU AKBAR






Bismillahirrahmanirrahim...

In the name of ALLAH SWT The Most Gracious Ruler of all, Assalamualaikum to all of you, brothers and sisters :) Alhamdulillah, in this entry I am about to share something with you guys.

Something that has melted my heart until I can't stop my tears the first time listening to it. It gives you some kind of feeling - when you hear something so pure and sincere to be spoken from the deepest part of a servant's heart to his Creator. Maybe most of you have heard it before. It is a poem (rhyme or anything you call it) of the famous Imam As-Syafie, spoken during the last moment of his life. Together, let us spend at least a minute of our lifetime to read this poem. By the way, pardon me, the translation is in BM :) For those who would like to listen to the poem, you can click HERE


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia


MASYAALLAH... Listening to this, even a great person like Imam As-Syafie could admit how sinful he is in front of Allah during the last moment of his life, how about us? 

How about me? 

May Allah always bless us with His forgiveness, for nothing is far more greater than His love and compassion... Aamiiin...

My ONE and ONLY




ALLAH...

Please lend me some strength YA ALLAH..
Lend me strength to deal with every hardship in my life
Lend me strength so that I can still walk on this blessful world of Yours

Support me with Your mercy
for without You
I am NOTHING...
without You
I am very weak to stand on my own
Please bless me with Your love
for without it, I am LOST with no direction to follow

ALLAH
My life is nothing but shadows of pretends
and only Your blessings can give me light to view what is true...

ALLAH
Please bless my heart with peace
Vanish this pain and restlessness in me
Let my heart and soul be tied onto You 
Let my mind think of nothing but You, virtue, and things that You bless
I pray for Your help and mercy
Stop me from holding on to something that is not mine
for it leads to nothing but only to deceive

ALLAH... 
I accept my destiny as what is written by You
for You give nothing but the best
for You do not let me suffer beyond what is capable of me
for You are the only one who knows me best
for You never took anything from me
without replacing it with something greater beyond expectations

ALLAH
I put my whole faith in You
for only You can lead my way
and only You can save me from An-Nahr

ALLAH
The One who never leave and never gone..
To You, I turn
My one and only SAVIOUR...
:)

Please, Allah...




Ya Allah, please give me the best of strength and health to worship you persistently.

Ya Allah, please heighten my patience and perseverance.

Ya Allah, please give me courage to brave through your legion of devoted servants.

Ya Allah, please suppress my complaints and purify my thoughts.

Ya Allah, please cleanse my sins and refrain me from sinning.

Ya Allah, please purify my heart and intentions.

Ya Allah, please clear our paths from any obstacles.

Ya Allah, should there be any obstacles, please make me endure it in peace and calm, armed with astrong faith in You.

Ya Allah please make me worship you because I fear and love you as my Creator, and not because Ineed something from You.

Ya Allah, please grant us safety and ease in this journey.

Ya Allah, please make me happy with everything I encounter for I am merely a guest and You are my Lord.

Ya Allah, please remind me to give charity because good deeds in Masjidil Haraam are abundantly multiplied.

Ya Allah, please accept my repentance and du’as.

Ya Allah, please bless my umrah and may everything runs smoothly with Your blessing.

Ya Allah, please give me a great akhlak in my conducts.

Ya Allah, please make me accepting of the Qada’ and Qadr that will befall me in Your Holy Land.

Ya Allah, please make me remember to pray for the ummah, aside from myself and family.

Ya Allah, please make me a martyr in your Holy Land.