Wednesday, 24 June 2020

SELEPAS 3 BULAN...




Bismillahirrahmanirrahim...

Balik ke rutin kerja yang asal. Di sekolah pagi sampai tengah hari. Sebab tiada interaksi kelas bersemuka, rasa macam terlalu perlahan masa berlalu di sekolah ni LOL. Nasib hari ni tidak lupa bawa Peach. 

Selesai atur bilik disiplin setakat ni. Cuma masih lagi dalam proses dekorasi. Dokumentasi belum lagi hewhew... 

Semuanya hampir normal, kecuali tiada suasana hiruk-pikuk dan riuh-rendah seperti biasanya. 

Aku? Masih belajar menyesuaikan diri. Masih kekok berada di kawasan ini. Masih rasa seperti perlu berjaga-jaga setiap masa. Tapi InsyaAllah okay ... 

Ni pula yang menjengkelkan kalau update blog guna laptop memang tidak boleh letak emoji urghhhh I'm so used to 'em ! 

Hari ini secara rasminya semua guru di Malaysia kembali ke sekolah bertugas seperti biasa. Doakan semoga kami sentiasa dilindungi daripada apa jua bahaya. 

Doakan kita semua. 

Kelmarin riuh pasal cuti dipendekkan, juga pasal pembelajaran atas talian sekolah rendah tidak diambil kira dalam rekod. 

Ouch!!!

Menipu la kalau tidak terasa sakit hati dengan berita begitu sebab kita tahu apa yang kita buat, apa yang kita laksanakan, apa yang kita berusaha untuk capai. Tapi malaslah mahu sentuh isu ni panjang lebar. 

Yang mengalami lebih tahu.
Yang melihat mungkin bersimpati.
Mungkin juga menghakimi.

Jadi kita tiada pilihan kecuali untuk terus melihat ke depan...

Jujur, aku berharap agar hari yang lebih baik akan datang lebih awal dari yang kita semua jangkakan.

Bukan tidak bersyukur dengan pemulihan sekarang.

Cuma rindu...

Rindu dengan kebebasan yang sebelum ini terlalu aku perlekehkan.

Let's pray for the best!

1 comments:

Saba A. said...

cuba right click dan pilih emoji 😁😀