Tuesday, 19 November 2013

JURI TERAKHIR...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN... WASSOLA TU WASSALAMU ALA ASYRAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN... WA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN... AMMA BA'

Alhamdulillah masih diberikan kudrat untuk terus mencoret untaian kata dan menzahirkan yang terbuku di minda. Aisehmennnn~ Tetiba ayat skema... haha... Sekarang cuti sekolah, jadi aku pun cuti jugak la. Menghabiskan masa di rumah sendiri adalah antara momen yang ku tunggu-tunggu selama ini. YESSSSSS!!!

Eloklah jugak cuti macam ni, bolehlah aku luangkan masa untuk perbaiki apa yang patut. (Walaupun sebenarnya memperbaiki bukan cuma perlu tunggu masa yang terluang~ kui3). Dekat akhir tahun ni, aku 'refresh' balik semua benda-benda atau peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Bila ingat-ingat balik, YA ALLAH~ betapa banyaknya masa aku luangkan untuk perkara yang sia-sia. Padahal ada perkara yang lebih baik aku boleh lakukan.

Memikirkan 'flashbacks' semua tu, aku teringat balik (ya... saya khilaf saya mengaku..) bahawa kita tidak akan dapat bergantung pada sesiapa pun kecuali Allah. Tapi aku manusia biasa. Dan lumrahnya manusia itu sentiasa terlupa. Sudah Allah jentik sikit dengan ujian, baru terkapar-kapar mahu sedar. :'(

Hari-hari aku doa minta dekat Allah supaya tak masuk neraka, tapi... semua benda yang aku buat, macam menjurus pula ke arah..... haishh... NAUZUBILLAH... Hari-hari mintak dekat Allah supaya tak putus-putus bagi hidayah, tapi bila ada petunjuk di sana-sini, buat-buat tak nampak. ASTAGHFIRULLAH. All of the sudden I think that I'm not fair. Aku tahu aku tidak adil kepada sesetengah orang dalam sesetengah keadaan, tapi yang paling kritikal, aku tidak adil dengan ALLAH. Tuhan yang menciptakan aku. Minta yang baik-baik tak mahu yang jahat-jahat, tapi buat pulak selalu yang tak baik jarang buat benda yang baik. Adilkah itu? Aduhai diri ini...

Aku tahu aku tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna. Tapi ketidaksempurnaan itu bukan satu alasan untuk aku 'lepas pandang' perbuatan tak sempurna aku di mata Allah. Malunya bila hari-hari mintak itu mintak ini dengan Allah, tapi tak pernah bagi apa-apa balik dekat Allah. 

Aku tak mahu jadi orang yang
nampak berilmu di mata manusia tapi jahil di mata Allah...
nampak hebat di mata manusia tapi hina di mata Allah....
nampak kaya di mata manusia tapi miskin di mata Allah...
nampak cantik di mata manusia tapi buruk di mata Allah...

Aku sentiasa lupa yang juri terakhir bagi diriku nanti bukanlah manusia.

Tapi ALLAH SWT...

Telah dekat kepada manusia hari perhitungan (kiamat) sedangkan mereka berada dalam kelalaian, lagi berpaling (darinya).
-Surah Al-Anbiya' (1)-


0 comments: