BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
WASSALA TU WASSALAMU ALA ASYRAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN, WA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN...
Ok, aku tak tau kenapa tetiba merajinkan diri mau post entry baru di saat menghadapi kebanjiran kerja kursus ni. Konon mau siapkan semua sebelum cuti habis. Akhirnya, satu apa pun belum terbuat sampailah sekarang.
Sekarang aku tak tahu kenapa, tapi orang keliling aku semua sibuk cakap pasal kahwin. Kahwin. Kahwin dan kahwin. =.=' Ada topik lainkah selain kahwin?
Ok memanglah berkahwin itu sunnah Rasulullah S.A.W. kan tapi entahlah. Benda ni bukan perkara main-main. Perlu dirancang dengan teliti dari A sampai Z sampai infiniti! Tapi pendapat sesetengah orang pulak rasa macam kahwin ni sesuatu yang mudah. Pergi pinang anak orang, bertunang, kahwin! Siap! Naaaa begitu jak kunun.......
NO, PEOPLE!!! YOU need to think deeper!
Jangan hanya melihat part bahagianya, tapi lihatlah jugak part tanggungjawabnya. Amboihh aku bercakap macam lah diri sendiri ni sudah kahwin. haha... Ok, saya faham saya kurang pengetahuan. Sekadar memberi pendapat.
Cakap pasal kahwin, pernah lah seorang kawan ni tanya, kalau ada orang yang kau tak kenal jumpa mak ayah kau untuk pinang kau dan dorang setuju dengan pinangan tu, kau mau?
Errr... macam mana nak cakap ya.... Sekarang aku sedar terlalu banyak perkara yang aku perlu fikirkan. Umur sudah 20 tahun jadi perlu berhenti untuk menjadi budak-budak dan lebih berfikir seperti orang dewasa. Aku perlu jaga keluarga aku sebagai seorang anak yang sulung. Itu tanggungjawab aku yang memang tidak boleh disangkal lagi. Pernah lah jugak aku terfikir untuk tidak berkahwin sebab siapa yang akan jaga keluarga aku? Aku cuma ada dua orang adik-beradik dan kalau adik aku berkahwin dan ikut suami dia, takkan mau biarkan mak ayah terlantar di rumah sendirian?
Pasal jawapan kepada soalan kawan aku tu pulak, mungkin, kalau mak ayah setuju, aku ikut jak kot. Tambahan pulak, mustahil lah kan papa setuju dengan orang yang bukan2. Mama pun mesti mau menantu yang baik, yang boleh diharap. Jadi kalau memang diorang sudah tentukan... ikut jak kot....
Tapi hakikatnya, SAYA MAHU TINGGAL SELAMA-LAMANYA DENGAN MAMA PAPA! Walaupun selepas kahwin. Bolehkah begitu? Alaa... boleh la tu. Suruh jak mama cari menantu yang mahu tinggal sebumbung dengan dia nanti... hahahahha!
Oklah tutup topik pasal perkahwinan ni. Semester akhir pun belum lepas~~~~~~~~~~
Fokus kepada keluarga dan pelajaran sahaja <--- yeaa.. i know its typical but.... well... what else should i say??
Ok, beralih kepada topik pengalaman berasaskan sekolah. Kali ini destinasi untuk PBS ialah SK Tampi-Tampi yang dihujung saaaaaaaaaaaaaaaaaaana... Hahah....
Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar dan bersyukur sangat-sangat sekali lagi dapat sekolah yang ada guru-guru yang sangat bermurah hati untuk berkongsi ilmu dan sebagainya. Bila dengar cerita guru-guru, isu yang wujud di sekolah sangat berlainan dengan isu yang dibincangkan di IPG. Terbongkar segala kelemahan yang tidak dapat dilihat kalau tidak diteliti dengan lebih dekat. Banyak 'unseen flaws' yang aku dapat tahu. Dan masa tu jugak aku sedar yang apa yang aku pelajari di IPG ni, kebanyakannya tidak dapat diaplikasikan dalam dunia pengajaran sebenar. Lebih kepada sekadar panduan sahaja. Itu bukan aku yang cakap, tapi seorang bekas graduan IPG yang sekarang sudah berkhidmat beberapa tahun menjadi seorang guru. Nampaknya cabaran yang bakal aku hadapi apabila bergelar sebagai seorang guru kelak bukan alang-alang. Lebih hebat daripada apa yang aku pernah dan sedang bayangkan....
Mudah-mudahan urusan dunia akhirat kita sentiasa dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah SWT... Aamiiin...
WASSALAM....
Wednesday, 21 August 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ceh alasan....kahwin best....nak baby...siapalah bakal bidadari kita tuh,harap-harap dia baik-baik saja...hehehe
p.s Dear God,please let her be my future gaming partner...
Post a Comment