Thursday, 2 July 2020

SARUNG LILY BY UNIVERSCARF




Bismillahirrahmanirrahim...


TADAAAAAA!! Lawa dan comel kan tudung yang model ni pakai? Ceritanya iklan tudung ni lalu-lalang di feed sis. Mula-mula tengok eh lawa. Lepas tu iklan tu muncul lagi dan lagi dan lagi dan lagi. 

Aku merasakan yang ini petanda untuk aku berbuat sesuatu seperti..... 'tapau' satu tudung ni!! Ciehhh alasan!! 😂😂😂

Jadi saya pun order lah dan nasib baik seller guna courier City Link. Jadi tidaklah bangas (basi) sis menunggu tudung ni sampai ke tangan hewhew... 

SARUNG LILY ni ada dua saiz, L & XL. Jadi saya cuba ambil saiz L sebab nampak besar juga. Bila pakai okay jugalah saiz selesa untuk dipakai sebab ada tudung yang cun2 ja tutup dada, yang ni lebar lagi dan boleh adjust mahu biar lepas paras bahu atau atas bahu macam yang saya pakai. Sebab design dan warna-warnanya comel, jadi bolehlah cuba kalau mahu nampak simple & sweet gitu ciehhhhh... 🙊

Tudung ni kain chiffon. Bila pakai pun rasa selesa, senang dibentuk, tidak jarang jadi tidak payah guna inner neck . Setakat yang saya pakai tudung ni tidak mudah kusut sebab try gomol-gomol tadi masih tidak kusut jugak hahahahah. 

CUMA, tudung ni lepas cuci spin bagai memang confirm kusut lah hahah! Kalau sejenis malas mahu gosok tudung atau selalu tidak sempat mahu gosok tu kamu mungkin akan kurang suka dengan tudung ni sebab kena gosok juga baru nampak kemas. 

All in all, I'm loving this hijab so much!! Probably gonna get a few more with different colour codes. Mungkin mahu cuba beli saiz XL pula nanti tengok macam mana. 💖💖💖 Yang berminat bolehlah dapatkan dari website https://www.universcarf.com/ atau mana-mana IG DROPSHIP Universcarf yang sah!

Rating out of 5 stars: ⭐⭐⭐⭐



Warna ni code dia Hello Dolly macam pink belacan gitu






Wednesday, 1 July 2020

MANUSIA DAN UJIAN

 

Manusia. 

Sebaik-baik kejadian yang pernah Allah SWT ciptakan berbanding segala jenis makhluk yang ada di muka bumi. 

Bahkan para malaikat penghuni langit, yang tidak pernah melalaikan ibadahnya, terus-menerus tanpa henti, diperintahkan untuk sujud kepada Nabi Adam AS, manusia pertama yang diciptakan Allah SWT.

Begitu sekali Allah angkat darjat manusia.  


“Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”
At-Tiin:4


Namun begitu, kita tidak pernah lepas dari terus melakukan kesilapan dan leka oleh apa yang ada di sekeliling kita. Itulah sifat kita manusia. 

Selalu alpa dan lalai bila dikelilingi nikmat.

Walaubagaimanapun, itu bukan tiket untuk kita terus bertapak di  tempat yang sama, tanpa perlu merubah kedudukan, tetap berpijak pada tempat yang salah.

Beruntunglah bagi manusia yang tetap sentiasa beribadah mengingati Tuhannya dalam apa jua keadaan.  

Rasulullah SAW sendiri cakap semua manusia adalah pendosa, namun yang terbaik antara mereka ialah hamba yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. 

Bersyukurlah jika masih terbit penyesalan atas dosa-dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan. Itu tandanya Allah masih sayang. Dia masih jentik hati kita untuk ingat Dia.  

Ada manusia Allah sedarkan dengan nikmat.

Ada manusia Allah sedarkan dengan ujian. 

Apa jua cara yang dizahirkan, itu semua tidak lain tidak bukan untuk bawa kita kembali padaNya. 

Bersyukurlah kita dengan semua nikmat yang Allah bagi, sedikit mahupun banyak.

Bersyukur juga dengan semua ujian. 

Teringat kata-kata Ustaz Ebit Lew, "Bila Allah bagi ujian, maknanya ada rahmat lebih besar yang nak datang."

Perbanyakkan sabar dan doa bila diuji, kerana doa adalah senjata orang-orang mukmin.  

Susah macam mana pun kita rasa, insyaAllah ada Allah akan sentiasa jaga dan bantu kita kalau kita sentiasa cuba untuk dekatkan diri dengan Dia. 

Positif, Allah bagi ujian supaya kita sentiasa ingat Dia. Supaya kita sedar cuma kepadaNya kita boleh bergantung dan berharap. 

Honestly, I just feel so helpless before.

Semua benda yang jadi beberapa bulan ni buat aku sedar kerdilnya aku sebagai hamba.

Yang hanya mampu mencari tempat pergantungan kepadaNya untuk memohon pertolongan dan perlindungan.

Yang cuma mampu berserah diri sepenuhnya kepada penciptaNya untuk terus bertapak di bumi ini, mengharap belas agar diberi peluang untuk sentiasa memohon ampun atas apa jua khilaf yang pernah ku lakukan sebelum ini. 

Apa jua yang kita lakukan, jangan pernah lupakan Dia.

InsyaAllah perlahan-lahan kita perbaiki diri. 

Usaha walau sedikit demi sedikit. 

Biarlah hari ini kita jadi diri kita yang lebih baik dari kelmarin. 

Bohong kalau saya kata senang.

Susah.

Memang susah.

Mahu tinggalkan kebiasaan bertahun-tahun yang sudah sebati dalam diri. Sudah jadi sebahagian dari diri kita.

Sangat susah.

Tapi itu pentingnya doa.

Doa supaya Allah bagi kita kekuatan.

Terimbas kembali salah satu ceramah yang disampaikan Ustaz Abdul Somad, "Tidak ada doa yang tidak dikabulkan oleh Allah."

InsyaAllah semua Allah dengar dan akan kabulkan pada masa yang tepat.

Percaya dengan Allah, dan percaya dengan diri kita sendiri yang kita mampu untuk berusaha.

Sentiasa berdoa moga Allah ampunkan dosa-dosa kita, moga Allah reda dengan kita dan amal kita. 

InsyaAllah.

Aku bukan baik.

Langsung tidak.

Cuma seorang pendosa yang mahu berkongsi pengalaman dan cerita...

Mudah-mudahan dapat membawa walau sedikit manfaat buat yang membacanya.

InsyaAllah...



Tuesday, 30 June 2020

Monday, 29 June 2020

HARI BERLAWA-LAWA VS MAHU LARI

From left: Sol, Aty Lilian, Mel & Me!
From left: Sol, Aty, Lilian, Mel & Me!
 

Bismillahirrahmanirrahim...

Okay hari ni pakai smart sikit ke sekolah sebab ada sesi bergambar untuk semua staf sekolah. Of all the days they chose for a photo session, right?

Overthinking level aku sampai tahap aku boleh pm bos untuk dikecualikan dari sesi bergambar beramai-ramai. I'm still okay with probably 10 people around me but more than that, rasa macam mahu nangis yang kau rasa serius mahu keluar cepat-cepat dari situ. *sigh

Entahlah apa masalah aku. Aku cuba jadi normal macam dulu tapi dengan paranoid yang aku ada 24/7 ni, agak susah untuk buat-buat biasa. Rasa macam sudah tidak boleh macam dulu. 

Bila dalam suasana yang terlampau ramai orang automatik dada rasa sakit, macam susah mahu bernafas, jantung berdegup macam kau baru habis lari pecut. Dua bulan lebih berlalu dengan rasa begini. 

The doctor diagnosed me with high level of anxiety. At least that's what she said though. Dekat skala tu tahap aku yang paling tinggi. Tidak tahu mahu ketawa atau apa masa doktor cakap sebab aku tidak pernah bayangkan aku akan ada dalam situasi begini. I am aware that this kind of issue exists, but never would have thought I'd be in one myself. Sampai doktor cakap sepatutnya perlu preskripsi dan attend session di hospital, but I refused and assured her that for now, I can still manage myself. Well, I'm already letting myself go outside. Sebelum ni mahu keluar ke halaman pun hmmmmmmm haram lah mahu LOL. 

I'm slowly trying to re-adapt everything again. It is probably going to take a longer period than I expected but hey, I'm getting somewhere one step at a time. So, for now I think that's what matters the most. Kan?


The only group of people in school I can be around with LOL. 
Sebab semua sottt!! 


Wednesday, 24 June 2020

SEASHELLS CAKE!!

 



TADAAAAAAA!!!! LAWA KAN??

Ceritanya mahu sambut ulangtahun perkahwinan mama papa jadi ambil keputusan untuk tempah tema kerang-kerangan LOL does that word even exist??

Serius nda boleh move on dari rekaan kek ni.. Simple gitu ja tapi macam comel betul aku tengok chinggss!!

Kek ni tempah dari kak Marlinah Jasri (Facebook). Kawasan Semporna, Sabah kalau ada yang mahu tempah kek pelbagai rekaan boleh lah pm kak Marlinah. 

Setakat ni aku paling suka perisa yam cheese !! You can never go wrong with yam cheese fresh cream cake! At least not for me hew....

All in all, rupa lawa, rasa pun sedap! Sis bagi 8/10! 

OMBAK



Tetap misteri
Walau wujudnya sentiasa disedari
Hadir berteman deru sang angin 
Menghempas pesisir berlangkah yakin

Mengundang gerun sang pelaut 
Dek naluri ganasnya
Yang mampu membawa maut

Namun anehnya
Kadang bisa mencipta ketenangan 
Buat hati yang bergejolak sepertinya

Terus hadir tak terhindar
walau sentiasa tetap misteri

Menenangkan...
atau membinasakan...
Dialah yang memilih...

SELEPAS 3 BULAN...




Bismillahirrahmanirrahim...

Balik ke rutin kerja yang asal. Di sekolah pagi sampai tengah hari. Sebab tiada interaksi kelas bersemuka, rasa macam terlalu perlahan masa berlalu di sekolah ni LOL. Nasib hari ni tidak lupa bawa Peach. 

Selesai atur bilik disiplin setakat ni. Cuma masih lagi dalam proses dekorasi. Dokumentasi belum lagi hewhew... 

Semuanya hampir normal, kecuali tiada suasana hiruk-pikuk dan riuh-rendah seperti biasanya. 

Aku? Masih belajar menyesuaikan diri. Masih kekok berada di kawasan ini. Masih rasa seperti perlu berjaga-jaga setiap masa. Tapi InsyaAllah okay ... 

Ni pula yang menjengkelkan kalau update blog guna laptop memang tidak boleh letak emoji urghhhh I'm so used to 'em ! 

Hari ini secara rasminya semua guru di Malaysia kembali ke sekolah bertugas seperti biasa. Doakan semoga kami sentiasa dilindungi daripada apa jua bahaya. 

Doakan kita semua. 

Kelmarin riuh pasal cuti dipendekkan, juga pasal pembelajaran atas talian sekolah rendah tidak diambil kira dalam rekod. 

Ouch!!!

Menipu la kalau tidak terasa sakit hati dengan berita begitu sebab kita tahu apa yang kita buat, apa yang kita laksanakan, apa yang kita berusaha untuk capai. Tapi malaslah mahu sentuh isu ni panjang lebar. 

Yang mengalami lebih tahu.
Yang melihat mungkin bersimpati.
Mungkin juga menghakimi.

Jadi kita tiada pilihan kecuali untuk terus melihat ke depan...

Jujur, aku berharap agar hari yang lebih baik akan datang lebih awal dari yang kita semua jangkakan.

Bukan tidak bersyukur dengan pemulihan sekarang.

Cuma rindu...

Rindu dengan kebebasan yang sebelum ini terlalu aku perlekehkan.

Let's pray for the best!

Monday, 22 June 2020

PORT BARU: Blur....


Bismillahirrahmanirrahim... 
Hmmm.. Jadi ceritanya tiba-tiba ada personal space di sekolah sebab ditetapkan untuk duduk di Bilik Disiplin. Sis blur lagi bingung nda tau mahu buat apa 😂😂😂

Terus rasa krik...krik...krik... di bilik. Sebelum ni kan meriah bagai di bilik guru. Meja pun kongsi. Jadi bila dapat sudut sendiri (for the time being) hmmm okay awkward. Okay lah lepas sibuk begini begitu nda rasa jugak tu.

Sekarang memikir siapkan fail-fail semua. 😵😵 We'll start from zero! Mau tambah hiasan bagai lagi tapi baiklah secara perlahan-lahan.

Ada 2 jam untuk dihabiskan di sekolah hari ni sebelum balik ke jadual asal (5 jam) lusa nanti. I should have brought along Peach (my laptop) with me. 🤔🤔
Anyways, 
Semoga keadaan bertambah pulih hendaknya. Serius aku rindu keluar rumah, pergi kerja, tanpa perlu terlalu bimbang dengan keselamatan diri 😢 Cepat-cepatlah wabak ini berakhir... Aamiiin... 

STAY SAFE, EVERYONE! HAVE A GREAT DAY WORKING! ❤️🌹

Roslan kata mata pandaku nda boleh bawa bincang 😂😂

Sunday, 21 June 2020

Dear Blogger... Wanie Datang Balik!


Bismillahirrahmanirrahim...


Okay sambil taip sambil masih rasa mahu tergelak sebab tidak percaya aku masuk Blogger balik weh. LOL. 


Memandangkan buat masa sekarang tidak dapat buat cover lagu lagi, entah bila, maka diri ini pun mencarilah sesuatu yang boleh dibuat sebagai galang ganti. 


Rasa sangat canggung menulis (menaip) guna bahasa agak formal, terbiasa bahasa Whatsapp. Serius aku perlukan emoji. Mana emoji mana?? 

Hmpf...


Nampaknya kenalah asah balik kemahiran berbahasa di Blogger ni. InsyaAllah sis cuba berkongsi apa yang patut. Honestly, this is still awkward! Ya Allah! Mau ketawa lagi....


Everything takes time indeed!

Thursday, 19 March 2015

Sunday, 14 December 2014

Darker.

I told myself to stop. Just stop all this. Quit it.
But there is always something inside here, telling me to keep going.
I can feel that I'm leaving myself. I'm changing.
Darker. Wicked. Heartless.
Should I be scared?
This change. To an extent it somehow soothes me.
Maybe I prefer it to be this way.
It's calmer this way.